Kacang Kelor atau nama saintifiknya Moringa Oleifera Muggai atau ada yang panggilnya ramunggai. Disebelah utara sini dipanggil Munggai saja. Ianya sejenis kacang atau sayur-sayuran dan sangat sedap dibuat kari, gulai atau masak lemak. Selain buah, daun munggai juga sedap dibuat masak lemak putih bersama ubi keledek manis. Munggai ni memang kegemaran kaum india. Ianya tinggi kandungan khasiat dan vitamin dan ada agen anti penuaan.
Rasa munggai ni memang sedap bagi penggemar dan yang tau cara nak makan. Muggai ni keras kulit luarnya. Tapi isi dalamnya sangat lembut macam jelly bila dimasak. Cara nak siang munggai ni ialah dengan menyiat kulit keras bahagian luar tu dan potong pendek. Bila nak makan, hisap dan sedut isi lembut didalam, tinggallah kulit luar yang keras tu sebagai hampas. Jangan makan dengan kulit-kulit sekali sebab kulit tu memang kerasss heheh..
Munggai selepas disiang....
Udang ketak atau udang lipan tu memang sedap digandingkan sekali dengan munggai ni. Udang jenis ni sebenarnya isi dia tak banyak dan tebal sangat macam udang biasa. Tapi isinya rasa macam ketam. Memang sedap!. Macam ketam juga, kalau tak kena musim, isi udang ni akan kurang dan sikit. Ada masa yang sesuai isinya akan banyak. Orang kata selalunya waktu bulan penuh.. betul ke? Apa pun udang ni dibuat kari memang sedap. Kuah kari tu jadi lebih sedap dari menggunakan udang biasa. Sedap hisap isi udang ketak tu dari dalam kulit hehehe…
Ok lah resepi ni cukup simple. Macam buat kari biasa je. Kali ni saya pakai rempah Babas Kari Ikan dan Udang Pedas.
14 Comments
Kacang kelor tu zumal pernah makan sekali jer... Tapi masa tu tak tau nama...
ReplyDeleteSalam .Hee besar giler udang ketak itu. Nyum nyum.
ReplyDeleteWAH..sama kak penggemar buah munggai... kak dulu budak2 dok quartes jkr byk india... mungkin mak belajar dr kwn2 india kot heheh... resepi kak mcm sama ja cuma akak tumis darat iaitu tumis bawang last sekali tuang atas kari tersebut..
ReplyDeleteterimakasih sudi lawat blog ciput akak.. salam perkenalan :)
Kacang kelor tak pernah jumpa lagi. Tapi yang udang lipan tu, Sha pernah jumpa kat pasar. Tapi takut nak beli sebab bentuk dia dah serupa lipan.Takut! T_T
ReplyDeleteseusia kak ana ni Eny belum pernah lagi makan udang ketak dan sayur munggai ni, mungkin kalau terjumpa nanti bahannya kak ana nak cuba masak..
ReplyDeletesedapnyaaa
ReplyDeletekaknoor belum lagi terjumpa munggai ni tingin lah sangt eny
ReplyDeleteoooo...udang ketak namenye yerr....
ReplyDeleteteringinnya nak rasa munggai tu Eny... tak pernah jumpa dan tak pernah dengar pun nama tu.. hehehehe.. :)
ReplyDeletepos sini sikit....
Fuhh udang ketak..klau kt kg biasa rebus cicah sos cili hehe ...manis klau yg fresh ...
ReplyDeleteSelalu gak nampak udang ni kat pasar..tp SA x pernah beli sebab x tau mcm mn nak makannya...
ReplyDeletekenapa nampak sedap sangat ni?
ReplyDeleteAssalam eny,
ReplyDeletehuwawawawaaaaaaaaaaaaa
udang ketak pojaan atiku he3
buah munggai..dah lama x mkn..susah nk jumpa skrg nih...eeee...udang ketak tu mcm abg sado!
ReplyDelete