Ada satu lagi jenis laksa yang tak kurang sedap dan popular di utara Kedah sini. Laksa Lemak Utara atau ada juga yang panggil laksa siam. Tapi kalau laksa siam betul-betul original, ulam-ulamannya terdiri dari pelbagai jenis daun daun pucuk kampung dan dihidang setalam ulam-ulam tersebut tanpa dipotong atau diracik macam selalu. Jadi kalau laksa lemak utara ni kuah dia hampir macam rasa laksa siam cuma part ulam tu dipotong halus macam laksa biasa je. Itulah je lah bezanya. Rasa tetap sama hehehe..
Laksa tu selalunya pakai laksa jenis halus. Tapi nak pakai laksa yang biasa pun boleh. Macam saya suka rebus 2 jenis laksa sebab kat rumah ni ada yang suka laksa besar tu dan ada yang suka laksa halus..:D
Laksa ni kaya dengan rasa lemak, pedas, berempah macam laksa johor jugak cuma tak pekat sangat.
Resepi Laksa Lemak Utara
Bahan-bahan :
1 paket laksa halus - direndam 2-3 jam kemudian baru direbus sehingga lembut. Kalau pakai laksa besar yang biasa tu kena rendam semalaman.
8-9 ekor ikan selayang besar - direbus dengan asam keping dan garam, ambil isinya, tumbuk halus. Air rebusan tu simpan bersama asam keping nya sekali. Tulang dan kepala ikan pula ditumbuk halus kemudian dicampur air dan ditapis. Simpan air tapisan tulang
3-4 sudu besar cili kering rebus dikisar kisar - ikut nak pedas ke tak
6-7 ulas bawang besar - dikisar
4-5 inci lengkuas - dikisar halus
3 inci kunyit hidup - dikisar halus - boleh pakai kuyit hidup dalam 1-2 sudu kecil
(boleh juga kisar sekali bawang lengkuas dan kunyit)
2 batang serai - diketuk
2 batang bunga kantan
2 peket kecil rempah daging - dibancuh dengan sedikit air
2 kotak santan dalam kotak
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
2-3 keping asam keping
Cara-cara :
Panaskan minyak, dan tumis bawang kisar, lengkuas dan kunyit kisar, dan serai yang diketuk sehingga wangi...
Masukkan cili dan bancuhan rempah daging. Masukkan sedikit air jika terlalu kering. Nanti cepat hangit pula
Masak rempah dan cili tu sehingga naik minyak dan garing. Macam buat kari jugak lah
Kemudian masukkan air rebusan ikan, air tapisan tulang ikan dan isi ikan yang telah ditumbuk
Masukkan air dan adjust kepekatan yang diigini. Tetapi jangan cair sangat sebab kita nak masukkan santan lagi.
Masukkan bunga kantan dan asam keping dan biar kuah sehingga mendidih. Biar mendidih agak lama supaya mesra kuahnya.
Akhir sekali masukkan santan, garam secukup rasa dan sedikit gula dalam 1-2 sudu besar. Jangan manis sangat. Masukkan juga sedikit serbuk perasa jika suka.
Masak sehingga mendidih lagi sambil kacau. Tambah air lagi jika kuah masih pekat.
Siap!
Bahan-bahan ulam :
Kacang panjang
Taugeh
Timun
Bawang besar
Daun salad
Telur rebus
18 Comments
Eny. Kite tak pernah tau buat laksa cuma kite tau kite selalu makan laksa.. hehehe
ReplyDeletewow! tak penah try masak laksa lemak utara gini.. boleh cuba ni..
ReplyDeleteterliur tengok laksaaa :D
ReplyDeletehuwaaaaa...
ReplyDeletedah breakfast pun terus lapar tengok laksa ni.. uhukkk..
pernah masak sekali je laksa seumur hidup.. pastu tanak masak dah.. tak sedap... T_T
Salam. Hee tengok gambar laksa lemak utara atau laksa siam ini pun sudah nampak sedap. Chopstick besi itu memey chantek ;)
ReplyDeletesedapnyaaaa.... kat kuching takde jual :( Uwaaaa. terus lapo tgk
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeletePetang ni Bunda BW asek dihidangkan juadah sedap2 belaka....
Macam JJCM pulak rasanya...
x pandai nak makan laksa lemak :(
ReplyDeleteboleh lah cuba . hehee
ReplyDeleteNever tried laksa. Nampak ramai orang yang suka makan laksa ni. apa pun nampak sedap la bila Kak Eny present this laksa!
ReplyDeletepaling suka masak laksa sbb nak buat kuahnya main campak je semua bhn tu
ReplyDeletekalau BFF saya nampak ni, kompem dia terus buat juga. hahaha. dia obses laksa.. saya lebih kepada laksam
ReplyDeleteLaksa... my fav kak.. tiap kali blk kg msti mtk mak buatkan... Setakat ni baru lulus wat laksa johor jek...
ReplyDeleteLaksa ni fevret... tapi paling fevret laksa kuale kangsor je.. sbb die pakai laksa pulas
ReplyDeleteSedapnya. Terliur tengok.
ReplyDeletealahaiiiii....sedapmyaaaa..nanti nk cuba buat la...
ReplyDeleteAdoiii sedap nyew..kt Thailand,diorg mkn laksa ni ngn sambal picit blacan skit...cm mkn laksam.. thorbaik...
ReplyDeleteSis sya mtk share ye...sllu sya buat laksa utaqa je
ReplyDelete