Teringin nak makan nasi arab. Yang ada dalam peti sejuk cuma ayam. hehehe
Ramai ada orang cakap nak buat nasi arab ni sangat lah renyah. Memang pun kan. Sebab tu kebanyakan nasi arab dijual dengan harga RM20 ke atas bagi setiap set.
Dan kalau yang nak mudah ada dijual rempah khas nasi arab. Lagi senang nak buat kerja kan.
Saya ubahsuai sikit resepi ni mengikut bahan apa yang ada dirumah. Memang tak ada rempah nasi arab (tak pernah terfikir nak beli pun hehe). Beras pun pakai beras siam biasa je hehehe..
Jadi resepi nasi arab versi saya yang simple sehabis simple. Semestinya bukanlah original nasi arab ye. Kalau nak original belilah rempah nasi arab atau tak pun order je dari kedai :D. Orang kata buat untuk makan-makan sendiri boleh la kan :)
Makan dengan cili muda, bawang, salad atau salsa tomato dan sup kosong. Sedap!
Resepi Nasi Arab
Bahan-bahan untuk Nasi
3 sudu besar rempah sup (jenis serbuk) – sebab rempah sup ni ada jintan manis, jintan putih cengkih, lada hitam, ketumbar dan buah pelaga. Semua ni adalah bahan asas nasi arab. Jadi pakai je lah rempah sup pun dh memadai. :D
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak sapi - boleh gantikan dengan butter
2 sudu besar minyak
4 1/2 cawan beras basmathi – saya pakai beras siam biasa je :D
8 cawan air rebusan ayam / stok ayam - ni ikut orang lah, kadang sukatan air nasi kita ikut periuk kita dan beras apa kita guna kan :D
Pewarna kuning atau oren
Cili hijau / cili merah muda
2-3 Bawang besar dibelah 4
Bahan kisar (untuk tumis nasi dan perap ayam panggang)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3- 4 inci halia
Kisar sehingga halus dan bahagi 2 bahagian, satu untuk tumis nasi dan satu untuk dibuat perap ayam panggang. Lebihkan sikit untuk bahagian tumis nasi tu :D
Cara masak nasi (menggunakan rice cooker biasa) :
Cuci beras dan tapis airnya.
Dalam kuali kecil, panaskan minyak dan cairkan minyak sapi. Tumis bahan bahan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga kemudian masukkan bahan kisar. Masukkan juga rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga naik baunya. Padamkan api
Pindahkan bahan tumis tadi kedalam rice cooker. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan tutup periuk. Tekan "COOK" Biar mendidih. Kemudian masukkan beras yang dicuci tadi. Tutup dan biar nasi masak seperti biasa.
Apabila nasi masak, buka tudung, dan titik kan pewarna oren di atas nasi beberapa bahagian. Masukkan daun sup diatas tu dan tutup balik tudung periuk. Biar rice cooker dalam keadaan warm.
Bila nak hidangkan nasi, karih nasi dengan senduk dan warna tadi akan bercampur campur jadi cantik je nasi tu :)
Bahan Ayam Panggang
1 ekor ayam sederhana size
3 inci halia
3 sudu besar rempah sup
2-3 sudu kecil serbuk cili jenis halus
Sedikit lada hitam
1 sudu kecil kunyit serbuk
3 sudu besar yogurt - optional tak pakai pun ok
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit butter dicairkan.
Bahan kisaran diatas
Campur semua bahan dan gaul rata. Jika kering tambah sedikit air.
Lumurkan pada badan ayam dan perap selama beberapa jam sebelum dipanggang.
Masa panggang sekali sekala sapu butter cair pada ayam supaya kulit ayam nampak garing dan cantik.
Bahan Salsa Tomato
7-8 biji tomato. Dipotong dadu kecil kecil. Sebiji dikisar halus.
1 ulas bawang besar
1 biji cili merah – buang biji dan potong dadu kecil
3 biji cili padi – potong halus
3-4 sudu perahan lemon – boleh gantikan dengan cuka
1-2 sudu besar gula
Sedikit garam
Campur semua bahan gaul rata dan siap. Rasakan manis dan masam tu pandai-pandailah adjust sendiri ya. Macam buat acar jelatah timun
32 Comments
Jauh tu sampai ke Arab... Kena naik unta...
ReplyDeletelambatlah sampai klu naik unta.. haha
Delete7 bulan 7 hari belum tentu sampai
Deletekalau dasar "rajin" macam ai, beli siap je lah rempah.. :D
ReplyDeletesama gak ngan saya qaseh, beli siap lagi senang.. hehe
Deletesedapnya nampak nais arab Eny menawan kalbu lah
ReplyDeletepandai eny masak.. sedap mata menengok nya
ReplyDeleteMenariknya Eny. Tak sabar nak buat sendiri. Selama ni tahu makan kat kedai je hihi..
ReplyDeletemcm ni di katanya simple..rasanya sejam belum tentu boleh mkn...bila org tak pandai masak bagi komen hihihi
ReplyDeleteLawakla..tp saya sokong tu..
DeleteTp yg penting..nasi arab eny nampak cantik n sedap sangat..
Lawak plak..kikiki..saya sokong tu..tp yg pentingnya nasi arab eny nampak cantik n sedap sgt..rajin betul eny ni..
Deletesedapnya Eny ;)
ReplyDeleteayannampak menarik dans edap!
ReplyDeleteya ALLAH, simple ke ni???? :O saya malas sikit kalau dah complicated masakan dia. hahahhaa...
ReplyDeletelawa la gambar. buat terliur tengok makanan tu :D
kak eny, memang terbaikkk :D
ReplyDeletesedapnyaaa kak :D
ReplyDeleteya allah....serius SA tension tgok kekseksian ayam ni Eny oiii.....terus lapar berbunyi perut den....
ReplyDeleteAssalam eny,
ReplyDeleteaduuuuuuuuuuuuuuiiiiiiiiii
antara semua ni yang paling iols tak leh tahan
sob3
naaaaaaaaaaaaaakkkkkkkk
Lepasni bolehla buat sendiri kat rumah. Tak payah makan kat kedai lagi
ReplyDeleteslm,saya wan zakris tinggal di putrajya
ReplyDeletemenjual rempah nasi arab terpantas untuk disediakan
x perlu tumis,campur beras, pes dan lauk sahaja
1.nasi mandhy
2.nasi maqlubah
3.nasi kabsah
Harga Rm 18 sekotak siap bersama beras basmati
sesuai makan untuk 5-7 org
-wan zack 017-2479884 prefer whatsap
ps-Cod percuma untuk kawasan berdekatan putrajaya
Alhamdullulah tqvm share resepi mmg sedap, simple and mudah,
ReplyDeletejgn marah saya share resepi eny dlm blog www.angahlin.blogspot.com saya jugak
lagi2 ibu bekerja mcm saya, ringkas n padat
Slm kak eny..rempj sup utk nasi tu kne ltk ms mn??
ReplyDeleteSlm kak eny..rempj sup utk nasi tu kne ltk ms mn??
ReplyDeleteMasa tumis bahan kisar tu, campurkan rempah sup sekali yang dibancuh dengan sedikit air
DeleteSedap nampak nasik arab ni....
ReplyDeleteTerima kasih ye kak nampak sangat sedap, saya banyak kali try resepi nasi arab tapi tak jadi sangat lah, tapi saya ada try satu rempah nasi arab segera mudah je rasa pon sama cam kat kedai. nasiarabexpress.com
ReplyDeletesimple nasi arab ni nak kena cuba buat la hihihihihi
ReplyDeleteTerima kasih byk2 atas resepi yg simple nie..
ReplyDeleteAlhamdulilah jadi dan sedap ...
Sedapnye... Syg mohon cuba ya.. Minta halalkan resepi ni yea
ReplyDeleteminta nak cuba resepi ye . tq so much sbb share . minta halal ye resepi ni nak guna
ReplyDeleteTq eyna..resepi Ni memang paling simple...sukaaaaa sgt.menjadi semua saudara puji sedapp👍
ReplyDeletemakkk aih ayam dia., kalah resepi dalam web saya ni, by the way.. such inspirational :) terima kasih sudi berkongsi
ReplyDelete