Pernah dengar tak Pucuk Ubi Goreng Rangup? Masa ke rumah mak mentua hari tu, dia buatkan lauk ni. Memang sedap betul. Best part daun pucuk ubi tu jadi rangup macam keropok. Bila digandingkan dengan ikan bilis goreng dan bawang goreng, lagi lah sedap. Memang pembuka selera.
Lepas tu, saya mintak resepi dekat mak mentua. Rumah mak mentua pula banyak pucuk ubi. Bawa balik ke Kedah dan cuba buat sendiri. Nasib baik menjadi seperti yang mak mentua ajarkan tu. Tak susah mana pun nak buatnya. Cuma pucuk ubi tu kenalah rebus dan diperah air rebusanya sehingga kering daun tu.
Saya buat makan dengan bubur nasi hari tu pun memang terbaik!!
Pucuk ubi ni juga tahan lama bila masuk dalam bekas bertutup. Nampak hitam tu bukan hangit tapi sebab daun pucuk ubi tu dimasak lama jadi macam tu lah..
Resepi Pucuk Ubi Goreng Rangup
(resepi ni agak agak, tiada sukatan khusus)
Bahan-bahan :
Pucuk Ubi secukupnya
Ikan bilis disiang - lebih banyak lebih sedap
8-10 ulas bawang merah dikupas dan hiris nipis - nak lebihkan bawang pun boleh
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
Cili kering rebus - Direbus lembut kemudian dikisar kering atau ditumbuk kering tanpa air.
Minyak - agak banyak
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
Pucuk ubi direbus dahulu kemudian toskan dan sejukkan. Dah sejuk tu, kena perah sehingga daun betul betul kering dan tak ada airnya lagi.
Pucuk Ubi rebus yang siap diperah airnya
Pucuk ubi yang dah garing akan kembang macam ni. Bolehla diangkat. Kemudian taburkan bawang goreng dan ikan bilis dan gaul rata. Bolehla diangkat dan hidang. Minyak yang lebih tu boleh tinggalkan je dalam kuali.

Ikan bilis disiang..
Bawang merah dan juga sedikit bawang putih dihiris nipis untuk buat bawang goreng - Asingkan sedikit untuk tumis dengan cili. Sedikit sahaja.
Goreng bawang sehingga garing dan angkat. Kemudian goreng ikan bilis sehingga garing dan rangup.
Ketepikan dulu bawang goreng dan ikan bilis goreng dalam pinggan
Cili kering rebus ni kena dikisar kering tanpa air. Boleh pakai mill (blender kering) atau food processor
Menggunakan minyak dan kuali gorengan bawang dan ikan bilis tadi, Tumis sedikit bawang merah dan bawang putih dan kemudian masukkan cili kisar. Tumis sekejap. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Gula jangan terlalu banyak takut cepat hangus.
Masukkan daun pucuk ubi ubi
Kacau - kacau dan balik kan daun pucuk ubi tu. Kalau minyak macam kering dan rasa tak cukup nak garingkan pucuk ubi tambah sedikit. Teruskan menggoreng sehingga garing. Api kena perlahan supaya tak hangit.
Pucuk ubi yang dah garing akan kembang macam ni. Bolehla diangkat. Kemudian taburkan bawang goreng dan ikan bilis dan gaul rata. Bolehla diangkat dan hidang. Minyak yang lebih tu boleh tinggalkan je dalam kuali.
11 Comments
Nak cubalah nanti, Eny,
ReplyDeleteAkak pernah makan orang goreng rangup kailan je. Tu pun tak bersambal :)
Resepi baru ni Eny.
ReplyDeleteKakak jadi teringin nak mencuba.
Mudah dan nampak sedap:)
dalam usia kak ana ni,pertama kali lihat dan tahu akan resepi ni,terima kasih eny berkongsi resepi mk mertua :)
ReplyDeletebetul rangup ke ni kak eni? yan jenis manusia tak makan sayur2 ni,, kalau sayur2 buat keropok tak rasa pahit memang baru makan.. hehehe.. mcm boleh try je ni,,lgpon 1st time dengar..
ReplyDeleteOo...goreng cenggitu ehh..sy penah mkn rendang pucuk ubi..lebih kurang cenggini..ranggup2 jer rs daun tuhh..sedap..
ReplyDeleteWahhhhhh..... 1st time tgk ubi goreng ranggup ni. nak gak lah kite try wak. kebetulan daun ubi ada kat belakang rumah. hehe.
ReplyDeletesedap je nampak
Wahhhhhh..... 1st time tgk ubi goreng ranggup ni. nak gak lah kite try wak. kebetulan daun ubi ada kat belakang rumah. hehe.
ReplyDeletesedap je nampak
Hahaha. Kenapa rupa dia scary semacam? Teringat makanan dekat kemboja (serangga)
ReplyDeletesaya kalau time tumis cili mesin tu, asyik terbersin je.. memang x sah kalau x bersin. hahaha
ReplyDeleteSA pernah makan ni kat Rembau..memang nak buat ni agak rumit dan makan masa yang lama...tp bila eny dah ajar ni mcm mudah plak....rasa nak cuba la nanti....
ReplyDeleteAssalam eny,
ReplyDeleteeh3
hat ni memang tak pernah dengor, tak pernah nampak & tak pernah rasa