Lunch simple je hari ini. Kebetulan hari Khamis halfday, balik rumah terus masak. Lunch pukul 3 heheheh.. ok lah kan malam ni tak payah makan dah..
Ikan bakar ni sedap dilawan dengan sayur tumis bayam simple. Memang sedap. Ada pulak air cabai picit..
Balance sambal kelapa tu boleh simpan buat makan dengan nasi juga :)
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Inti Kelapa
Bahan-bahan :
3 ekor ikan Cencaru sederhana besar
1 ½ cawan kelapa parut
Bahan Kisar (dikisar dengan sedikit air)
1 batang serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6-7 biji cili padi / cili merah (nak campur keduanya sekali pun boleh)
1 sudu the serbuk kunyit
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
Campur bahan kisar dengan kelapa parut dan gaul rata. Jika termasuk lebih air atau inti sedikit berair, boleh masukkan dalam kuali tanpa minyak dan masak sebentar sambil dikacau sehingga kering sedikit airnya. Rasa garam dan gula secukup rasa.
Ikan di lumur garam dan kunyit. Kemudian sumbat inti kelapa dan boleh la dibakar atau digoreng.
15 Comments
ikan cencaru memg match kalau bakar.. isi dia pejal kan nak banding ikan lain.. lawan dengan sayur bening (sayur masak air) & air asam..pergh,,..nikmat dah tu eny.. nk try laa letak kelapa dlm ikan..1st time nii..
ReplyDeleteAdoii, sodapnue ikan bakar ni. Dah lama ngidam ni! hehe
ReplyDeletesambal tu menarik selera KG eny...adoi la...kenapa la eny suka tayang gambar makanan ni
ReplyDeleteAlamak..fav SA ni eny....sedapnyaaaaa
ReplyDeleteberapa kali dah telan air liur ni.....!!
ReplyDeletemencikk la eny ni tauuuu... :p
hai kak ENY! rara dtg rumah ni.bukak lah pintu.nk mkn nasi putih dgn ikan caru sumbat.hehehe.huaaaa sedapnyaaaa!
ReplyDeletefirst time tahu sambal kelapa ni
ReplyDeletelama x makan ikan cencaru bakaq...teliuq tgk sabal
ReplyDeleteOoh bt done follow sini #257
ReplyDeletehttp://aisyahambris.blogspot.com
Suka juga makan ikan cencaru sumbat
ReplyDeletesodapppp!
ReplyDeleteIni yang malas ke blog kak eny... Tak tahan tengok gambar makanan cantik-cantik
ReplyDeleteikan cencaru ni mmg feveret saya..
ReplyDeletesambal kelapa tu memang sedap makan dengan nasi.
ReplyDeleteikan jaket. hehehe. tapi adik saya x suka so mak saya x buat...
ReplyDelete