Jumaat lepas sempat berjalan-jalan ke Kuala Perlis, saja nak cari siput mentarang hehehe.
Kujungan kami disambut oleh pemandangan ini... nelayan yang sedang mengaut siput didalam laut berlumpur. Pantai di Kuala Perlis ni memang pantai berlumpur.
Ni sekitar jeti kuala tempat nelayan menaikkan hasil laut yang ditangkap.
Berhenti makan di gerai yang mengadap ke pantai.... dan dapat lah lauk ikan bakar dan sotong segar... Murah pula makanan kat sini.
Misi diteruskan sampai kami jumpa penjaja tepi jalan yang menjual pelbagai hasil laut yang kebanyakan exotic hahaha.. macam Belangkas ni.. tapi tak beli sebab tak berani nak makan...
Misi utama ialah encari siput mentarang ni.. Besarnyaaaaa!! yang besar sekilo RM15 dan yang kecil sedikit RM12 sekilo. Dapat banyak jugak lah dalam sekilo tu. Berbaloi beli.
Ini pula bronok sejenis timun laut. Tak pasti rasa dia macam mana. Tetapi ada orang cakap sedap dibuat kerabu...
Kalau nak pergi ke tempat menjual hasil laut ni, dari Jeti Kuala Perlis jalan menuju ke Kuala Sungai Baru, terus je jalan dari simpang tu sepanjang perjalanan tepi pantai, ada banyak gerai makanan dan gerai menjual hasil laut. Ada juga tempat perusahaan belacan segar di situ.
14 Comments
kalau duduk dekat dengan kawasan berlaut, mesti mudah dapat hasil2 laut yg fresh kann :)
ReplyDeletehai sis! hehe maaf, lama tak singgah blogwalking
Uniknya hasil laut tu. masak apa sipur mentarang tu? share lah resipi dan gambar masakan pula ^_^*
ReplyDeletepastinya ada.. nanti share ye =)
DeleteSalam. Hee bronok mentimun laut tu mcm lintah pulak., ;p
ReplyDeletekan... tu yg geli tu hehehehe tp org cakap sedap sgt rasa dia
DeleteBestnyer
ReplyDeleteIndahnya pemandangan, sedap nya makanan :)
ReplyDeleterindunya. Lama dah tak pergi sana, nak makan ikan bakar dekat situ T_T
ReplyDeletebestnyaaa tak penah sampai perlis huuhuu
ReplyDeletedengar ja nama mentarang tapi takpernah rasa...kalau belah banting ni banyak pepahat...masak cili kering..huh sempoi.
ReplyDeleteberonok-ronok nampaknya tu.... :p
ReplyDeleteWah...lepas ni boleh la explore kualaperlis lg sbb dapatadik ipar org perlis...menarik ni....besar2 plak mentarang ni..kat sungai besar kecik2 dan kurus2 je
ReplyDeletetak pernah lagi pergi kuala perlis hehe
ReplyDeletedulu selalu ke kuala perlis, hampir setiap bulan.tpi makan kat kedai lah..takde masa beli barangan mentah ni.hehe
ReplyDelete