#Cabaran20Hari Aktiviti Di Pagi Raya

Hai semua,

Wahh masing-masing sibuk buat persiapan raya kan. Sana-sini penuh dengan orang ramai. Bersesak juga lah kalau nak ke pasaraya atau ke pasar pagi. Jalan pula banyak jam panjang. Di Alor Setar ni pun terasa kesesakannya bila warga kota mula pulang ke kampung halaman masing-masing. Ada yang pulang awal untuk merasai pengalaman berbuka bersama keluarga kan?

Oklah entry cabaran diteruskan dengan cabaran hari yang ke 16, Aktiviti di Pagi Raya. Aktiviti di pagi raya, kalau bagi saya mestilah seawal pagi sibuk memasak bersama emak didapur. Kalau ketupat dan rendang selalunya dimasak awal dari malamnya. Measak di pagi raya pula untuk hidangan tetamu seperti mee kuah utara, bihun sup atau laksa. Kadangkala buat nasi juga seperti nasi tomato dan nasi minyak. selepas tu barulah bersiap untuk beraya dan kemudian bergambar raya.

Kalau beraya di rumah mentua, selalunya pagi-pagi raya kami bersiap dan beraya sesama ahli keluarga. Kemudian ambil gambar sekeluarga. Selepas tu barulah berkonvoi beraya ke rumah saudara mara DH.

Gambar raya tahun lepas. Emak mentua tersayang bersama cucu-cucunya. Tahun ni insyAllah bertambah lagi...

DSC03567ed

Jadi, apa pula aktivi di pagi raya korang? Share la :)




Post a Comment

4 Comments

  1. Raya pertama menu sedap2 . hahaha. Selamat hari raya sis in advance !

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya Eny!

    ReplyDelete
  3. bab nak bergambar beramai-ramai tu paling mencabar.. ada je yang tak ada...!! orang kata tak cukup korum.. :)

    ReplyDelete