Jelawat Masak Cuka Bertaucu

Saya paling suka masak taucu dan begitu juga masak cuka. Jadi semalam beli ikan jelawat fresh di pasar, saya gabungkan keduan resepi ni jadilah masak cuka bertaucu. Sedap juga rasa masam cuka, bergabung dengan rasa taucu dan sedikit manis sebab masak cuka ni kena letak gula sedikit supaya ada rasa manis sedikit.

Resepi ni sangat simple. Sesiapa pun boleh buat. sedap dimakan bersama nasi panas-panas dan sambal belacan.

P7031721ed

P7031732ed

Resepi Ikan Jelawat Masak Cuka Bertaucu

Bahan-bahan :
1 ekor ikan jelawat saiz sederhana dipotong – digaul garam kunyit dan digoreng garing
2 Sudu Besar Taucu – letak dalam penapis halus dan lalukan dibawah air 2-3 kali
1 inci halia – Dipotong nipis
2 ulas bawang merah – Dipotong nipis
2 ulas bawang putih  - Dipotong nipis
1 cawan air - ikut nak kuah banyak mana
3-4 sudu besar cuka makan
1 biji bawang besar kuning – dibelah belah
1 biji timun - dipotong panjang - tak letak sebab tak ada timun
1/2 sudu kecil biji sawi
2 biji cili merah dipotong
3 sudu besar minyak – Saya pakai sedikit sahaja minyak, kalau nak lebih pun boleh
2 pokok daun bawang - dipotong
Beberapa biji tomato ceri jika suka
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia serta biji sawi sehingga wangi. Masukkan air dan taucu dan dan masak seketika. 

Masukkan cuka, garam dan gula. Masukkan juga bawang besar, timun. Biar sehingga mendidih

Akhir sekali masukkan ikan goreng, tomato, cili merah dan daun bawang. Siap!

Post a Comment

10 Comments

  1. Abah SA suka makan ika jelawat...tp SA x suka...x tau kenapa...maybe sebab banyak tulang kot

    ReplyDelete
  2. Mesti sedap berganda rasanya ni Eny, gabungan cuka & taucu yang dibilas... menarik!

    ReplyDelete
  3. simple tapi sedap! kalau balik kampung mak selalu buat masak cuka bertaucu.. hihi..

    ReplyDelete
  4. Seriusly sedap... masak taucu mmg saya suka... koleksi resepi la saya lps ni...

    ReplyDelete
  5. lazatnya... bertambah lazat dengan skill photography terbaik....

    ReplyDelete
  6. yang ada kaitan dengan taucu ni memang sedapp

    ReplyDelete
  7. tak kiralah ikan apa saya memang penggemar lauk macam ni..mudah

    ReplyDelete
  8. kalau kekny typo... harus jadi jeRawat masak cuka bertaucu

    ReplyDelete
  9. Tengok gambar pon dh kecur air liur..hihi..rasa masam2 gitu..

    Jemput berkunjung ke blog
    syhttp://vitaminfiqah.blogspot.com/2015/08/5-fungsi-vitamin-c.html

    ReplyDelete