Hai selamat pagi semua...
Semalam letak resepi Rendang Ayam Pedas Utara. Hari ni Rendang Daging Hitam Manis. Rendang ni macam rendang biasa cuma pengunaan kicap pekat tu memberi warna dan rasa yang agak berlainan tetapi tetap sedap.
Semalam letak resepi Rendang Ayam Pedas Utara. Hari ni Rendang Daging Hitam Manis. Rendang ni macam rendang biasa cuma pengunaan kicap pekat tu memberi warna dan rasa yang agak berlainan tetapi tetap sedap.
Rendang ni selain sedap dinikmati bersama ketupat, sesuai juga dihidangkan bersama pelbagai jenis nasi.
RESEPI RENDANG DAGING HITAM MANIS
Bahan-bahan :2 kg daging lembu - dipotong ketulan besar
3 senduk cili kering kisar
3-4 helai daun kunyit diracik halus
3 keping asam keping / gelugur
3-4 cawan santan pekat
3 sudu besar kerisik
1/2 cawan kicap pekat manis Jalen - atau lebih jika perlu
Garam jika perlu (sebab dah guna kicap)
Bahan kisar (dikisar dengan sedikit air)
3-4 inci lengkuas
5 batang serai
3-4 inci halia
3 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
Bahan tumis :
2 batang kulit kayu manis
4 biji pelaga
5-6 biji cengkih
4 biji bunga lawang
7 ulas bawang merah dihiris nipis
3-4 sudu minyak
Cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik wanginya. Masukkan bahan kisar dan juga cili kering kisar. Masak seketika.
Masukkan daging dan kicap dan masak sehingga daging kecut dan sedikit lembut.
Masukkan santan dan masak lagi sehingga kuah pekat dan daging lembut dan empuk.
Akhir sekali masukkan daun kunyit yang dan kerisik. Kacau rata dan masak seketika boleh la diangkat.
9 Comments
sedapp nya
ReplyDeletesedapnyaaaa...suka daging !
ReplyDeleteSedapnyaa kak eny :)
ReplyDeleteamboi Eny...sedap betul dah ni....lapar dah SA
ReplyDeletealahaiii.. nampak mcm sedap sgt2 ni.. WAJIB try :)
ReplyDeleterendang daging hitam manis. humang aih ni rasa tak sanggup nk singgah blog kak eny ni. lapaq T____T
ReplyDeleteSedapnyaaa..
ReplyDeleteassalamualaikum eny...sedap nyer..
ReplyDeletemood raya kembali lagi.....
ReplyDelete