Daging Masak Putih Utara

Hai semua,

Waktu dulu kalau di kenduri kendara di Kedah ni, orang buat secara gotong royong menggunakan sistem yang dipanggil "syarikat" yang membawa maksud "pakatan" yang dibentuk apabila adanya kenduri di sesebuah kampung. Selalunya ada bayaran ahli dengan kadar minima. Selain tu bila ada ahli yang mengadakan kenduri, setiap ahli digalakkan menyumbangkan bahan-bahan seperti gula, beras, kuih-kuih kering (bahulu, peneram, karas) dan juga barang hantaran (selalu dibuat sendiri terdiri dari manisan, halwa dan sebagainya). Ada bendahari atau setiausaha akan merekod setiap sumbangan ahli. Itu suatu masa dahulu, dikala kenduri masih dijalankan menggunakan khidmat gotong royong.

Sekarang dah banyak pakai khidmat katering. Lebih mudah dan cepat. Cuma kos tu lebih la sikit kan :)

Antara lauk yang selalu dimasak ketika kenduri dulu-dulu ialah daging masak putih. Dagingnya dipotong besar-besar tebal, dimasak sehingga pekat. Namanya diberi kerana kuah daging tu yang kelabu keputihan.

P7291950ed

Sebenarnya sama je macam masak kurma. Cuma rasa daging masak putih ni lebih "melayu"nya hehehe... Masaklah macam kurma biasa tapi masak sehingga pekat dan kuah kering sedikit.

P7291965ed 

Resepi Daging Masak Putih Utara

Bahan-Bahan :
1 kg daging lembu - dihiris besar
2 paket kecil serbuk kurma cap O - bancuh dengan sedikit air (boleh juga pakai sebarang rempah kurma yang lain)
5 ulas bawang merah
2-3 inci halia
3 batang serai - diketuk
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang besar dibelah 4 atau 8
2-3 biji kentang
1 1/2  sudu besar lada putih kisar – atau lada sulah
3-4 biji cili hijau dibelah
1 sudu besar kerisik
1 kotak santan KARA
1-2 cawan air - ikut kepekatan
Sedikit minyak untuk tumis
2 helai daun pandan disimpul

Cara- cara :

Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk halus

Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi bersama daun pandan, masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga rempah masak dan naik minyaknya

Masukkan serai, daging, kentang dan sedikit air. Masak sehingga mendidih dan kentang empuk.

Akhir sekali masukkan santan bersama kerisik dan kacau rata. Tambah air jika kuah terlalu pekat. Masukkan cili hijau yang dibelah dan bawang besar. Masukkan garam dan sedikit gula.

Masak seketika tetapi jangan sampai pecah minyak. Siap!!

Boleh la cuba resepi Daging Masak Putih Utara ni ye :)

Post a Comment

8 Comments

  1. oh mcm kurma yer..sedapnyer..lapar memalam ni

    ReplyDelete
  2. banyak bahan-bahan nya ya mba hehehe tapi mudah cara membuat nya :)

    ReplyDelete
  3. tu laa..tengok macam kurma.. hehehe.. tp ada extra bahan ni.. adoi sedappnya tengok

    ReplyDelete
  4. x pernah dgr masakan ni.

    ReplyDelete
  5. first time dengar resepi ni...boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  6. kerisik masuk time bile?

    ReplyDelete