Hai semua,
Di Kedah cuaca hujan lebat dah 2 hari. Alhamdulillah sejuk je rasanya disamping dapat membersihkan udara yang tak berapa elok kualitinya sekarang ni.
Saya nak share satu resepi paling mudah untuk ibu bekerja yang mungkin tak sempat nak memasak lepas balik kerja. Bahannya pun tak banyak. Tetapi sangat sedap dan pasti disukai suami dan anak-anak.
Resepi ni menggunakan pes tomyam, sos cili, bawang besar dan sedikit sayuran jika suka. Tak payah potong bawang semua, sebab pes tomyam memang dah cukup dengan semua bahan didalamnya. Nak buat style paprik, letak pucuk jagung, kacang panjang dan lobak merah pun boleh. Nak lebih sedap, letak bunga kobis, brokoli dan sebagainya. Jadi satu hidangan ni sahaja dan cukup lengkap untuk hidangan kita. Tak perlu nak masak banyak jenis lauk dah. Sayur tu boleh dipelbagaikan. Cuma kalau nak tambah pembuka selera seperti ikan masin goreng, digandingkan dengan lauk ni cukup sesuai.
Saya amat berharap, walaupun sibuk mana kita bekerja, cubalah memasak untuk anak-anak dan keluarga. Saya sebolehnya akan cuba kongsikan resepi dan tips mudah untuk ibu bekerja dimasa akan datang.
Ok jom tengok resepi Daging Tumis Pedas Tomyam yang mudah ni..
Resepi Daging Tumis Pedas Tomyam
Bahan-bahan1 kg daging
3 sudu besar pes tom yam dalam botol
5 sudu besar sos cili
2 ulas bawang besar dibelah tebal
1 biji capsicum dipotong dadu
1 cawan sayur kacang pis muda
2 sudu besar minyak
3 sudu besar susu sejat (boleh juga pakai santan)
3 helai daun limau purut
Cara penyediaan
Panaskan minyak dan masukkan pes tomyam.
Masukkan daging. Tambah sedikit air. Masak sehingga daging lembut dan sedikit kering airnya. Jika masih belum empuk, tambah air lagi dan masak lagi sambil menutup kuali supaya daging cepat masaknya.
Bila kuah sedikit kering, masukkan sos cili. Sesuaikan rasa garam dan gula. Saya tak ada tambah sebab dah cukup rasa dalam pes tomyam dan sos cili tu.
Masukkan susu sejat. Tujuan susu sejat ni untuk memberi rasa kuah balance dengan rasa tomyam yang masam dan pedas tu. Masukkan juga daun limau purut.
Masukkan bawang besar, capsicum dan kacang pis. Kacau rata sehingga sayuran lembut dan bolehlah dihidangkan.
12 Comments
nampak sedap & cantik sangat gambar menu ni.. Family kecik saya bukan pemakan daging boleh tukar dengan ayam kot
ReplyDeletesuka tgk gambar tu ... pandai snap .
ReplyDeleteYa Allah sedapnya nampak... if I don't have sensitive tummy, I would've made this. Daging and pedas don't go down well for me. Oh well... redha je lah hehehe!
ReplyDeletenmpk sedap..laparr
ReplyDeletesedapnya, mau menambah makan ni..")
ReplyDeleteLapaq tengok :')
ReplyDeletehadui singgah blog kak eny pepagi hari ni terus lapaq adehhhhh
ReplyDeletewow sedapnya kak eny! kc suka sangat masak daging mcm ni dengan kicap ehhee
ReplyDeletefengsan tengok daging. ingat peristiwa raya haji hari tu
ReplyDeleteMasuk sini lagi, mai tgk resepi unuk masak tgh hari ni hehe
ReplyDeletesalam kak eny! Alhamdulillah, yana dah try resepi ni. Alhamdulillah menjadi, best! yg penting ayah kasi lulus! hahah
ReplyDeletesy minta izin share resepi ni boleh?
ReplyDelete