Okay just nak cerita tentang a short getaway last 2 week during raya haji. Saya dan DH ke Teluk Senangin, berhampiran Segari Perak. Dari kampung DH di Batu Gajah, lebih kurang 60km jugak la. Sebelum kesana, pernah sekali DH bawa kesitu, tapi tak check in resort memandangkan kesuntukan masa kami berdua.
Saya suka bawa Olympus ni sebab agak praktikal. Tetapi ada standby Sony besar godang tu dalam kereta. Just in case jumpa burung boleh la keluarkan zoom lens hehehe..
Bermalam di Yeop Bay Hotel, Teluk Senangin, Perak.
Dan kali ni disebabkan kitaorang dah plan awal-awal, sempat juga kami check in satu malam di resort di sana.
Yeob Bay Hotel ni adalah resort terbaik di Teluk Senangin ni. Ada juga chalet homestay yang lebih murah. Tetapi memandangkan kami datang semata-mata nak honeymoon berehat jadi kami pilih yang selesa. DH pula malas nak memancing sebab dia penat sebab sebelum tu ada korban di kampung. Next time kami datang sini maybe nak memancing, mungkin boleh consider chalet budget tepi pantai sebab lebih praktikal.
Di Yeob Bay, kali pertama kami check in disini. Agak memuaskan hati. Dari urusan booking bilik, yang boleh dibuat melalui Whatsapp, hanya cuma bank in separuh harga dari harga bilik. Dari segi bilik kemas, bersih, dan menepati standard untuk rate RM180 per night. Saiz bilik yang sangat luas dan selesa. Cuma tilam agak keras. Tapi memandangkan kami tidur satu malam sahaja, takdelah isu sangat. Ada bilik lain juga serendah RM150++. Kami pilih yang rate 180++ sebab risau bilik sempit, tapi bilik yang kami dapat, luasnya. Boleh main kejar-kejar. Eh :P
Resort ni ada pantainya tersendiri iaitu terletak hanya berhadapan resot sahaja. Jadi agak privacy nak mandi manda disini berbanding mandi di pantai sebelah luar yang agak terbuka dan ramai sangat orang.
Semasa ni air agak surut.
Yeop Bay Hotel dari pandangan pantai (hadapan hotel). Banyak betul pengunjung. Kami ingatkan raya haji ni mana la ada yang bercuti.. sangkaan meleset heheh..
Actually misi utama DH dan saya ialah nak cari penyu hehe. Di Segari Perak ni ada penyu tau. Jangan ingat di Terengganu je ada penyu.
Dah lama dia berjanji nak bawa saya tengok penyu. Memandangkan saya ni jenis suka tengok haiwan akuatik seperti ikan dan sebagainya. Jadi DH bawa saya ke pusat konservasi Penyu yang terletak di Pantai Pasir Panjang, Segari. Lebih kurang 20 minit je dari Teluk Senangin, melalui jalan menuju ke Pantai Remis.
Signboard dihadapan.Pusat Konservasi Penyu, Segari Perak
Kami disambut dengan Replika penyu. Jujur saya katakan, saya ragu-ragu adakah penyunya. Saya tengok dengan keadaan kawasan yang lenggang dan agak suram dibahagian depan. Malah tak nampak staff disitu.
Tapi bila masuk kedalam, saya rasa macam nak melompat bila tengok beratus-ratus anak-anak penyu yang sangat comel sedang berenang. Saya teringin nak pegang anak penyu tu, tapi apakan daya ialanya dihalang oleh pagar disekeliling kolam. Hihihi.. Agaknya kalau boleh pegang, memang saya dah seludup masuk dalam handbag anak penyu tu seekor dua sebab comel sangat!
Anak penyu yang baru menetas. Disini ada beberapa buah kolam. Anak penyu mengikut umur dan saiz ditempatkan dalam kolam berasingan. Rasanya ikut batch menetas kot. Dari sekecil-kecil sampailah yang sebesar tapak tangan. DH ada beritahu, lepas menetas, dijaga dipusat ni sehingga beberapa hari, anak-anak penyu tersebut akan dilepaskan ke laut dimana ibunya bertelur tadi. Dan mereka akan kembali bertelur ditempat yang sama jika umur mereka panjang dan boleh survive hidup dilautan luas. Nisbah yang datang tu cuma beberapa ekor je dalam 1000 ekor yang dilepaskan. Maknanya tak semua anak-anak penyu tu akan hidup. Kebanyakan akan mati dilautan luas. Sebab tu lah penyu semakin pupus dan salah satu haiwan akuatik yang kita patut lindungi. Say no to turtle eggs. Walau sedap macammana sekalipun hehe.
Yang ni pula kategori remaja hehehe...
Kolam besar untuk penyu yang lebih besar. Paling besar penyu yang ada ialah sepanjang 4 kaki! Besar kan!
Saya cuba nak sua tangan untuk pegang, tetapi dihalang DH, sebab katanya penyu tu boleh mengigit. Ishhh bukan ke penyu seekor haiwan yang baik hati ke?
Restoren Teluk Muruh, Lumut
Malam, kami ke Lumut, mencari ikan bakar. Tapi disebabkan Bandar Lumut agak sesak malam tu, kami terpaksa cancel misi mencari restoren ikan bakar. Sebaliknya kami pergi ke restoren biasa yang kami selalu pergi. Restoren Teluk Muruh yang terletak dihadapan Kuarters TLDM Lumut. Dan disebabkan kami berdua adalah fish lover, jadi kami ambil menu ikan siakap kukus dan siakap goreng 3 rasa. Ini kerana taste kami berdua yang berlainan. DH lebih suka ikan 3 rasa, manakala saya sukakan ikan yang dikukus. Menu lain, kami cuma tambah kerabu sotong, bersama nasi dan jus buah.
Seekor ikan disini hanya RM30. Saiz memang besar dari kedai lain. Masakannya ala thai sedikit tetapi sedap sangat. Disebabkan siaz ikan, jenuh jugak la kami berdua menghabiskan 2 ekor. Tetapi rasa ikan yang segar dan manis dan kami berdua ni pencinta ikan, maka memang tinggal tulang :P
Ok itu sajalah cerita a short getaway kami. Kami memang tak sempat nak bercuti betul-betul. Jadual masa dan kerja yang padat dan tak selari antara kami membuatkan saya dan DH jarang ada masa berjumpa. Jadi bila dah keluar bersama ke sesuatu tempat, baru dapat bersembang dan mengeratkan hubungan suami isteri hehe.. Anyway sesibuk mana kita bekerja, cubalah cari masa bersama pasangan dan keluarga. Tak perlu pergi jauh jauh kalau nak bercuti. Tak perlu tunggu ada duit berkepuk dalam bank. Pergi je kemana sahaja walau tempat hanya berdekatan rumah, dan walau sekadar menghiburkan hati dengan melihat penyu berenang hahahah!!
Untuk maklumat penginapan di Yeop Bay Hotel, boleh ke website mereka www.yeobbayhotelresort.com atau contact/whatsapp no. ni 013-4540767
12 Comments
haha. penyu memang baik hati.. haha
ReplyDeletemcm best !
ReplyDeletewahhh cantiknya view...!
ReplyDeleteheee kak , dekat terengganu ni dah tak berapa nak ada dah penyu...
ReplyDeletehee , kak , dekat terengganu ni dah tak berapa nak ada penyunya
ReplyDeleteleh main kejar2 dlm bilik tuuu., ammvoiii ;p
ReplyDeletedulu wak penah pegi pusat konservasi penyu kat pengkalan balak melaka tuu., ;p
ReplyDeletewah cuti-cuti Perak puan Eny kita.. good info eny mungkin satu hari nanti kak ana ke sana in shaa allah :)
ReplyDeletewalau asal Perak tapi belum sampai ke Teluk senangin.. ; macam tu lah hujan emas di negeri orang..
ReplyDeleteGoreng pun sodap steam pun sodap.
ReplyDeleteokey..tak tau pun kat situ ada tempat untuk pusat konservasi penyu..padahal orang Perak jugak kowt..hehe..
ReplyDeleteaaaaa comelnyaaa penyu =D
ReplyDeletebanyak nye tempat dalam negara sndiri yg x pegi lagi..