Pasta Goreng Simple Dan Mudah

Hai semua,

Kembali bersiaran setelah beberapa hari tak buka blog. Antara sebabnya ialah mulanya mendapat perkhabaran Tok (emak kepada emak) sakit tenat di kampung, Telok Intan. Pada hari Isnin, kami bertolak ke Telok Intan untuk menziarahi Tok. Kami balik ke Kedah pada petang Rabu. Esoknya Khamis saya masuk ke office dan malamnya jam 3 pagi, mendapat perkhabaran yang Tok sudah pergi meninggalkan kami. Jadi pagi Jumaat tu juga kami bergegas sekali lagi ke Telok Intan untuk mennghadiri pengebumian Tok. Alhamdulillah kini semuanya selamat dan dipermudahkan. Memang penat bawa kereta, tapi nak buat macam mana kan...

Dan hari ni sesi menghabiskan saki baki pasta-pasta dirumah yang masih ada banyak. Pasta ni hari tu saya beli banyak sekaligus semasa saya terkejar-kejar deadline untuk projek buku resepi MPH. Ni campur penne dan macaroni sekali harung. Ada pula balance tomato puree dan keju yang guna buat pizza hari tu hehehe.. Jadilah pasta goreng simple dan mudah.

PA160554ed

Tips Mudah Ibu Bekerja, Masak Pasta Goreng!

Pasta goreng ni hidangan yang boleh para ibu berkerja masak untuk anak-anak. Pasta boleh rebus siap-siap, masuk dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Boleh tahan 5 hari lepas direbus. Tapi make sure bekas mestilah sentiasa bertutup supaya pasta tak mengering. 

Bila nak masak, ambil sahaja kan.. Mudah sangat! Bahan asas untuk tumis, boleh pakai instant sos pasta dalam botol yang dah siap ada bawang semua tu. Kita cuma perlu tumis isi ayam atau daging atau boleh juga pakai sosej.

PA160548ed

PA160561ed

Resepi Pasta Goreng Mudah

Bahan-bahan 
200gm sebarang jenis pasta pendek, saya guna penne dan macaroni
10 batang sosej, dipotong nipis
1/2 cawan tomato puree
3/4 cawan susu
1/4 cawan minyak zaitun
1 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih dicincang
1 ulas bawang besar, dipotong dadu
2 pokok daun bawang
2 pokok daun sup
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu kecil lada sulah
Parutan keju cheddar secukupnya

Cara penyediaan

Pasta direbus bersama sedikit garam sehingga al dente (lembut tetapi dalam masih sedikit keras dan bertepung) . Simpan sedikit air rebusan dalam 1/2 cawan

Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Tumis bawang putih cincang dan bawang besar yang dipotong dadu.

Masukkan sosej dan goreng seketika.

Masukkan tomato puree, sos tiram dan air rebusan pasta. 

Masak sehinga mendidih dan kemudian masukkan susu dan lada sulah berserta garam.

Terus masukkan pasta yang telah direbus tadi. Jangan risau jika agak berkuah, nanti pasta akan menyerap lebihan kuah (Sebab tu kena rebus al dente).  Kuah akan membuatkan pasta menyerap dan menjadikan pasta lebih sedap. (Sebaliknya jika terlalu kering, tambah air rebusan pasta atau susu)

Masak seketika dan bolehlah masukkan garam, gula, daun bawang dan daun sup. 

Sedia dihidangkan bersama taburan keju cheddar.

Post a Comment

8 Comments

  1. ahaaa...akakk...sedapnyaaa..... :( dah lama tak pergi food review...xpaa... tgk akak review pun dah best..... ^_^

    yaya nak jemput join pertandingan Dove .... mana tahu bertuah ... dapat rangkaian produk Dove bernilai RM100 !! ^_^

    http://www.yayacendana.com/2015/10/peluang-mendapatkan-rangkaian-produk.html

    goodluck tauuu ^_^

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum eny...yg simple tu la yg sedapnya kn...:)

    ReplyDelete
  3. alfatiha utk atok cik kak eny tuu.,

    chantek gmbr food mcm biasa ;p

    ReplyDelete
  4. Salam singgah kak eny!
    patut la lama tak update blog, btw salam takziah kak, moga tok kak eny ditempatkan dikalangan orang orang beriman Aamiin

    ReplyDelete
  5. Kalau yana kak, guna sos instant je. hihi kerja nok cepat sokmo :P

    ReplyDelete
  6. Rumah Sha ada makaroni jek. Jadilah pinjam resepi Kak Eny ganti penne denagn makaroni :)

    ReplyDelete
  7. mudah je kan..pasta dah ada kat rumah..nanti boleh la buat...thanks sharing resepi ni

    ReplyDelete