Red Velvet kek pernah jadi viral sedikit masa dahulu. Dah ramai blogger buat. Dulu saya pernah buat jugak. Bagi saya keknya biasa-biasa sahaja. Cuma disebabkan penggunaan buttermilk, cuka dan baking soda, teksture keknya selembut baldu. Taste wise macam kek span yang ada rasa sedikit rasa coklat. Penyedap kek ni tak lain tak bukan ialah frosting cream cheesenya. Itupun kena betul buat, kalau silap frostingnya terlebih manis dan hilang rasa lemak cheesenya.
Dah lama tak buat kek ni. Makan tahun juga la. Kek ni antara kek yang mula-mula saya cuba masa berjinak-jinak dengan baking ni. Dulu-dulu tak reti bakar kek, kek semua merekah jadinya kat atas. Naik tak berapa elok. hihihi. Sekarang ni dah banyak improvement sikit hihihi. Belajar buat kek ni walaupun tak pergi kurus atau kelas, wajib juga membaca pengalaman dan catatan orang dari dalam dan luar negara.
Hari tu kebetulah ada kek red velvet diorder oleh Kak Sue [Blog Kak Sue] untuk sepupunya kahwin. Saya buat lebih sedikit untuk dimakan sendiri. Alhamdulillah gebu dan sedap... dan kali ni red velvet bukan sekadar dimakan dengan cream cheese, tetapi coklat ganache. Memang lebih sedap rasanya!!!
Red velvet untuk makan sendiri, takpayah la hias bagai hehehe.. Tapi kena ada pelengkapnya coklat ganache dan cream cheese. Tengok tekstur kek yang gebu tu seperti baldu merah.
Tips Kek Red Velvet Yang Sedap
Kek Red Velvet hendaklah disediakan 1-2 hari awal sebelum dihiaskan frosting dan dihidangkan. Perlu dibungkus menggunakan wrapper (plastik pembungkus makanan) dan sejukkan dalam peti ais. Lebih lama lebih sedap.
Kena guna buttermilk. Kalau tak ada buttermilk, boleh guna susu yang dicampur cuka atau jus lemon. Pengunan jus lemon lebih sedap.
Jangan bakar terlalu lama. Cuba cucuk lidi ditengah kek, jika keluar licin, bolehlah diangkat. Kek red velvet yang terlalu lama dibakar akan mudah mengering dan rapuh dan akan mudah hancur.
Selain frosting cream cheese, cuba hidangkan red velvet dengan coklat ganache, memang sedap! :D
Resepi Kek Red Velvet
Loyang bulat 9 inciBahan A
1 1/3 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan gula castor
2 biji telur size A
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B (diayak sekali)
2 1/2 cawan tepung naik sendiri - saya pakai Blue Key
2 sudu besar serbuk koko - saya pakai Hershey's Natural Cocoa
1 sk garam
Bahan C (dicampur dalam mangkuk kecil dan gaul sekali hingga rata)
1 cawan buttermilk - boleh ganti susu UHT penuh krim dicampur bersama 1 sudu besar jus lemon dan biar selama 10 minit sehingga sedikit berketul)
2 sudu besar pewarna merah jenis cecair
Bahan D
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil cuka
Cara penyediaan
Dalam mangkuk pemutar, satukan bahan A dan pukul hingga betul-betul kembang dan ringan. Anggaran masa 5-6 minit
Perlahan speed pemutar dan masukkan 1/3 dari adunan B (bahan tepung) kedalam mangkuk pemutar, putar sekejap dan masuk separuh dari Bahan C (bahan cecair). Putar lagi.
Masukkan lagi 1/3 bahan B dan baki separuh Bahan C. Putar lagi sekejap
Akhir sekali masukkan baki Bahan B dan putar lagi sehingga sebati
Rule : Mulai dengan bahan tepung - cecair - tepung- cecair- diakhiri dengan tepung
Dalam mangkuk kecil, campurkan kedua Bahan D (cuka dan baking soda) sehingga berbuih. Terus tuang kedalam adunan kek yang telah dipukul tadi. Guna spatula dan kaup balik adunan sehingga rata.
Tuang dalam acuan yang digris mentega atau dilapik parchment paper. Bakar selama 40-50 minit dengan suhu 170C sehingga kek masak.
Jika nak buat 2 lapisan kek boleh belah kek kepada dua selepas dimasak. Tetapi jika tak reti nak belah kek, boleh juga bakar dua loyang. Bahagiakan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 20-25 minit sahaja memandangkan kek tidak terlalu tebal.
Untuk kek saya diatas, saya menggunakan 1 1/2 adunan menghasilkan kek yang agak tinggi dan cantik.
Resepi Coklat Ganache
Bahan-bahan150 gm whipping cream - saya pakai jenama emborg
250 gm coklat susu atau coklat gelap - saya pakai coklat susu
20 gm butter
Cara penyediaan
Panaskan whipping cream sehingga naik sedikit buih ditepi
Masukkan coklat kedalam whipping cream panas. Biar sehingga coklat larut sepenuhnya.
Kacau rata dan masukkan butter
Kacau lagi sehingga licin dan berkilat
Resepi Krim Keju (Cream Cheese Frosting)
Bahan-bahan150 gm krim keju
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula aising - saya pakai 30gm sahaja sebab nak kurang manis
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh jus lemon - saya pakai sunquick lemon
Cara penyediaan
Pukul krim keju dan gula hingga kembang
Masukkan mentega, esen vanilla dan jus lemon. Pukul sehingga sebati
12 Comments
whoaaaaa ok thank u kak eny <3333
ReplyDeletemenarik! boley cuba guna coklat plak
ReplyDeleteSedapnyaaa :D
ReplyDeletemasuk blog ni kan terus rasa nak buat kek , semangat gitu:)
ReplyDeletetgk pun dah sedap dah..
ReplyDeleteterasa-rasa kat tekak ni... hiihihihiii... :)
masa kek ni jadi viral di social media, pcl tak pernah merasa...lama lepas tu baru teringin ..haha selalu lambat ! (ni tengok gambar dlm blog eny ..emm lagi la teringin)
ReplyDeletePehhhh. Sedapnyaaaaaa
ReplyDelete150 gm whipping cream tu 150ml ke sis?
ReplyDelete150 gm whipping cream Utk choc ganache tu 150 ml ke?
ReplyDelete150gm.. kena timbang cream tu kerana whipping cream ni pekat, caranya letak mangkuk plastik atas penimbang, setkan ke zero penimbang tu dan tuang whipping cream sampai dpt 150g. Kalau rasa susah, letak je anggaran dalam 130-140 ml
Deletek.eny meleleh dah air liur kite niii
ReplyDeletefirst time sarah dengaa pasal coklat ganache ni, nampak cem sedap
ReplyDelete