Hai semua,
Minggu yang sangat busy. Akhir tahun ni semua benda nak kena siapkan, deadline dan yang paling best ialah cuti pun banyak. Tapi tu lah mana yang nak habiskan cuti tahun, pun masa ni lah.. jadi banak kerja tertangguh bila office tak penuh je hari hari huhuhu…
Mungkin ramai yang sekarang ni ada di kampung atau ada yang bercuti dengan anak-anak. Saya masih bergelut dengan kerja di pejabat dan pada sebelah malam bergelumang tepung dan coklat menyiapkan tempahan brownies dan kek. Penat? Sapa kata tak penat. Nak kata tak kenal erti penat tu, tipu lah. Mengadu juga, beraduh juga, tapi jiwa dan hati kalau kita yakin kita boleh buat, maka bolehlah, jadilah ia.. dan semestinya dengan izin Allah juga kan..
Semalam saya tidur awal, sebab berjaya siapkan kek yang dibakar sebelum pukul 12 tengahmalam. Jadi by 1 am, saya dah tidur. Esoknya bangun seawal 5.30 am, untuk bahagian mendeko dan packaging… Alhamdulillah by 7.30am semuanya setel dan begitulah rutin saya sehari-hari sejak berbisnes kek ni… hehehe
Maaflah jika tak blogwalking macam dulu. Masa yang ada tu nak update pun curi curi masa.. Nak masak untuk blog pun tak macam dulu, tapi saya cuba juga kongsikan beberapa resepi baru, setakat mampu.
Ok resepi ulang tayang. Macaroni goreng daging cincang kegemaran adik-adik saya. Selalu kalau tak tahu nak makan apa, inilah yang saya masakan, tu pun kalau ada bahan-bahannya lah.
Resepi yang senang ni sesiapa saja pun boleh buat.. Jangan ingat dengar pasta je, semua gabra tak tahu nak masak, susahla apa la, tapi masaknya macam biasa je, Cuma kena kenal bahan-bahannya je…
200gm macaroni elbow saiz sederhana
1 cawan sayur campur beku (mix vegetables)
300 gm daging cincang
½ cawan cheese cheddar parut
4 batang sosej - dipotong nipis
1/2 cawan tomato puree
1 biji tomato - dipotong dadu
4 bawang putih dicincang
1 bawang besar dicincang dadu
½ cawan minyak zaitun untuk menumis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar herba itali kering
Garam secukup rasa
Cara penyediaan
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.Masukkan daging cincang dan sayur campur. Masak seketika.
2. Masukkan tomato puri, tomato cincang, sos tiram, sos cili dan herba itali kering. Masukkan macaroni yang telah direbus dan garam secukup rasa. Kacau rata dan goreng seketika.
3. Akhir sekali masukkan parutan cheese cheddar dan bolehla dihidangkan

MACARONI GORENG DAGING CINCANG
Bahan-bahan200gm macaroni elbow saiz sederhana
1 cawan sayur campur beku (mix vegetables)
300 gm daging cincang
½ cawan cheese cheddar parut
4 batang sosej - dipotong nipis
1/2 cawan tomato puree
1 biji tomato - dipotong dadu
4 bawang putih dicincang
1 bawang besar dicincang dadu
½ cawan minyak zaitun untuk menumis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar herba itali kering
Garam secukup rasa
Cara penyediaan
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.Masukkan daging cincang dan sayur campur. Masak seketika.
2. Masukkan tomato puri, tomato cincang, sos tiram, sos cili dan herba itali kering. Masukkan macaroni yang telah direbus dan garam secukup rasa. Kacau rata dan goreng seketika.
3. Akhir sekali masukkan parutan cheese cheddar dan bolehla dihidangkan
7 Comments
Morning akk...
ReplyDeleteDah lama nieyl x masak pasta...
nie yg buat rasa nak masak cuti² nnt nie..:)
Sedapnyaa :D Simple dan ringkas :)
ReplyDeletesalam kak semoga dipermudah segala urusan :)
ReplyDeletesuka macaroni ni..tp anak-anak pula kurang suka
ReplyDeletekebetulan ada lebih macaroni sepaket.. tinggal nak beli daging cincang.. ehemmm.. nak try la esok..!! yummmyyyy... :)
ReplyDeleteMacaroni favourite saya.. memang gabungan macaroni dgn daging cincang tu terbaikk!!
ReplyDeletemacaroni. one of my favourite food ^_^
ReplyDelete