Daging Goreng Lada Hitam dan Brokoli

Hai semua
Ni resepi paling simple nak buat. Daging Goreng Lada Hitam Bersama Brokoli. Sedap pun sedap. Jenis lauk gabung dengan sayur ni memang sesuai untuk ibu-ibu berkerja memasak kat keluarga. Masak satu jenis ni pun dah boleh cover nutrien pemakanan kanak-kanak.

Nak buat daging ni pun mudah. Daging boleh diperap seawal dari malam sebelum dan sayur pula dipotong awal. Masukkan semua dalam peti sejuk. Esok balik kerja, panaskan minyak dan tumis je. Tak perlu tumis bawang bagai sebab semua dah rasa dah meresap dalam daging. Sebab tu lah tujuan kita perap dari awal. Mudah, sedap dan menjimatkan masa.

P2230969ed P2230957ed

Tips Daging Goreng Lembut

Saya nak share satu tip sekiranya kita masak daging especially jenis stir fry ni. Daging selalu agak liat dan tak empuk. Cara yang saya belajar dari Chef Baek (rancangan makan korea hahaha) ialah bila goreng daging tu, masukkan je air sehingga paras daging dan jangan masukkan garam. Tetapi masukkan sedikit gula (dalam 1 sudu kecil) dan biar daging mereneh sehingga airnya kering dan kuah akan menjadi sedikit pekat kerana penggunaan gula tadi. Kemudian barulah masukkan garam untuk memberi rasa kepada daging. Bila buat ni, daging tu lembut dan elok je masak, tak kering didalam dan masih berjus. Sos pula melekat elok diluar daging kerana penggunaan gula sebagai glazed. Garam kena masuk last kerana garam boleh mengecutkan isi daging dengan terlalu cepat dan membuang air didalamnya. Jadi nak dapatkan daging goreng sedap, cubalah tips ni k :)

P2230984ed P2230990ed

Resepi Daging Goreng Lada Hitam Brokoli

Bahan-bahan :
800 gm daging lembu
1 pokok brokoli , dipotong
2 ulas bawang besar kuning (Holland) dibelah tebal lagi sedap
3 sudu besar penuh lada hitam, dikisar kering atau ditumbuk kasar
2 sudu besar minyak
1 sudu kecil gula
Garam
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan air

Bahan perap:
3 sudu besar kicap manis – kicap biasa yang selalu kita makan dengan nasi
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
4 ulas bawang putih di tumbuk
1 inci halia, ditumbuk
2 sudu besar serbuk lada hitam halus

Cara penyediaan:
Perap daging dengan bahan perap selama lebih kurang 1 jam atau semalaman. Lebih lama lebih sedap

Bila nak masak, panaskan minyak, masukkan daging perap, sesudu gula dan air secukupnya. Masak sehingga air kering dan daging lembut. Jika daging masih belum lembut, tambah air dan masak lagi sehingga kering.

Bila kering masukkan lada hitam dan kacau rata.

Masukkan brokoli dan bawang besar dan masak seketika.

Jika nak kuah lebih pekat masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau terus tutup api. Hidangkan dengan nasi putih.

Jom cuba resepi Daging Goreng Lada Hitam ni mesti tak menyesal!

Post a Comment

3 Comments

  1. Terus rasa nak buat la..tapi ada daging kambing je kat umah...

    ReplyDelete
  2. Saya dah cuba resipi ni tadi... memang sedap... terima kasih atas resipi

    ReplyDelete