Saya adalah peminat tegar spaghetti bolognese. Dan kalau buat kuah bolognese ni memang akan licin je periuk di rumah. Adik-adik suka sangat.
Masak spaghetti bukan lah susah sangat pun. Boleh je beli sos instant spaghetti. Tapi saya lebih suka kuah yang dibuat sendiri.
Ni cara saya buat kuah spaghetti from scratch orang kata. Just guna tomato puree dari tin dan buah tomato fresh. Rasanya puas hati buat kuah sendiri, dapat banyak dan dapat jimatkan kos.
Resepi ni agak flexible. Tak ikut satu persatu pun jadi juga, Cuma bahan yang penting seperti tomato, dan Italian herbs tu kena ada la. Boleh juga pakai daging ayam kisar, atau pakai sosej yang dipotong kecil-kecil. Boleh juga letak meatball instant. Caranya sama, kena “brown” kan atau goreng sebentar meat ball dan sosej baru masukkan tomato.
Bahan-bahan yang diperlukan....
Resepi Spaghetti Bolognese
Bahan - bahan :500 gm spaghetti – di rebus al dente. Simpan air rebusan.
800gm daging kisar
6-7 biji buah tomato ranum – dikisar setengah, dan dipotong dadu setengah
1 tin tomato puree
1 bawang besar kuning saiz besar dipotong dadu. Asing kan dalam 2 sudu untuk tumis
6 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar Mc Cormick Italian herbs – boleh juga pakai brand tesco. Sama je rasanya.
Lada benggala hijau – dipotong dadu
1/3 cawan minyak zaitun
½ cawan parmesan cheese diparut
3 sudu besar daun parsley dicincang
Gula dan garam secukup rasa
Cara-cara :
Panaskan kuali, tumis bawang putih cincang dan sedikit bawang besar yang dipotong dadu sehingga wangi. Masukkan daging kisar dan biarkan daging garing sambil dikacau sekali sekala. Masukkan Italian herbs.
Masukkan daging cincang, goreng seketika.
Masukkan herba kering oregano atau italian herbs
Setelah daging garing dan agak kering airnya, masukkan tomato yang dipotong dadu, dan kacau lagi sehingga tomato masak dan hancur. Masukkan tomato yang dikisar dan tomato puree dalam tin. Masukkan garam, gula. Biar mendidih. Sekiranya terlalu pekat, boleh masukkan sedikit demi sedikit air rebusan spaghetti kedalam kuah. Penggunaan air rebusan spaghetti boleh memekatkan kuah.
Biar kuah reneh selama lebih kurang 20-30 minute pada api sederhana untuk mengeluarkan rasa tomato dan herba supaya lebih sedap dan wangi. Kuah yang elok masaknya akan kemerahan. Merenih lama juga boleh memekatkan kuah sekiranya kuah terlebih cair.
Akhir sekali, bila kuah nampak pekat dan cantik masukkan fresh milk, parmesan cheese, lada benggala, parsley dan lebihan bawang besar dadu. Biar masak seketika dan tutup api. Tuang kuah diatas spaghetti
8 Comments
ohhh buat sendiri je kuahnya tu eh kak. ok2. TQ kak!
ReplyDeletetak sabar nk rasa spaghetti kak eny...yummy..
ReplyDeleteMencari resepi kuah speghetti..yg ni menarik, nanti nak buat
ReplyDeletetq share resepi...dah try memang sedap
ReplyDeletebole lawat blog saya www.nurfaezahyunji.blogspot.my
klu ganti minyak zaitun tu dgn minyak lain boleh je an
ReplyDeleteI will try for sahoor today. Gracias sist. Cool cook.
ReplyDeleteBuat kuah sendiri lagi berbaloi
ReplyDeleteKak, untuk fresh milk, berapa banyak sukatanya?
ReplyDelete