Hai semua,
Lemon Poppy Seed Cake yang sedap ni memang keknya simple. Rasa Poppy seed tu takde la rasa sangat, cuma ianya memberi tektur yang rangup didalam kek. Sedap lah jugak kunyah biji popi yang crunchy tu...
Kek ni sedap digandingkan dengan lemon cream cheese frosting.. memang asyik saja kalau makan hehehe..
250 gm Butter
200 gm gula castor
2 biji lemon diparut kulit
4 biji telur saiz besar
280g tepung naik sendiri
4 sudu besar susu + 1 sudu besar jus lemon (biar selama 10 minit menjadi seperti buttermilk)
20gm Poppy seeds
Secubit garam
Untuk Saiz acuan 9 inci 4 segi. Saya pakai acuan 6 inci, dapat dua biji kek dan kemudian buat dua lapis
Cara
Panaskan oven pada suhu 170C. Saya pakai 160C sebab oven saya panas.
Pukul butter dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Masukkan parutan kulit lemon dan garam
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul berselang seli dengan campuran susu dan lemon jus.
Akhir sekali masuk poppy seed dan kaup balik adunan menggunakan spatula
Bakar dalam oven selama 40 - 50 minit sehingga masak.
Keluarkan, sejukkan atas redai dan simpan dalam peti sejuk sebelum dihias dengan cream cheese icing.
250 cream cheese
2 sudu besar perahan jus lemon
1/2 cawan gula icing - boleh tambah ikut manis dan kepekatan icing
Cara
Pukul cream cheese sehingga menjadi lembut tetapi tidak kembang
Masukkan jus lemon dan gula. Pukul lagi sekejap. Jangan terlalu lama pukul sehingga kembang kerana krim cheese akan cepat cair dan susah nak melepa diatas kek.
Jika terlalu cair boleh sejukkan sekejap dalam peti sejuk barulah dilepa keatas kek.

RESEPI LEMON POPPY SEED CAKE
Bahan-bahan250 gm Butter

RESEPI FROSTING CREAM CHEESE LEMON
Bahan-bahan250 cream cheese
2 sudu besar perahan jus lemon
1/2 cawan gula icing - boleh tambah ikut manis dan kepekatan icing
Cara
Pukul cream cheese sehingga menjadi lembut tetapi tidak kembang
Masukkan jus lemon dan gula. Pukul lagi sekejap. Jangan terlalu lama pukul sehingga kembang kerana krim cheese akan cepat cair dan susah nak melepa diatas kek.
Jika terlalu cair boleh sejukkan sekejap dalam peti sejuk barulah dilepa keatas kek.
5 Comments
nampak sedap!
ReplyDeleteSalam eny
ReplyDeleteNak tanya pakai loyang saiz brpa ya?
Thanks eny
Wsalam terima kasih bertanya, saya lupa nak masukkan saiz hehehe
DeleteYang Saya pakai tu acuan 6 inci, dapat dua biji kek dan kemudian buat dua lapis. Kalau nak buat selapis boleh pakai size 9 inci
Ok. Thanks again eny :)
ReplyDeleteSalam eny...kalau tak nak letak poppy seed tu boleh tak?
ReplyDelete