Sup Ketam Paling Senang Nak Buat

Hari Khamis lepas Birthday Cik Puan Blog kita sorang ni.... hehehe.. Alhamdulillah masuk 33 tahun ni, hidup walau ada turun dan naik tapi tu lah kehidupan... Yang penting kita sentiasa dikelilingi orang tersayang...

Sup Ketam ni buat lama dah baru nak share resepi dia. Actually ada lah 2-3 kali juga share resepi sup ketam kat blog ni. Sebabnya DH suka sup ketam. Eh bukan je DH, satu family suka. Sebab ketam segar jika direbus memang sedap rasanya dan turun ke kuah tu jadi manis je.. Kalau buat kari dan masak lomak pun sedap jugak, cuma lebih suka hidangan simple macam ni...

Nak lebih sedap, boleh tambah cendawan tiram didalamnya... adui hirup tu letak nasi sikit pun dah cukup dah...

P5071971ed

Resepi Sup Ketam 

Bahan-bahan
4 ekor ketam - buang cengkerang atas yang keras tu
Cendawan tiram secukupnya
1 ulas bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
1 biji tomato - dihiris nipis
1 inci halia - dihiris
2 batang serai
Daun sup dan daun bawang
2-3 biji tomato dibelah tebal
2 sudu kecil lada sulah
Air secukupnya
2 sudu besar minyak
Daun sup dan daun bawang

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, serai dan juga tomato yang dihiris nipis.. Tumis sehingga wangi dan tomato tu lembut dan sedikit hancur. (Tips nak sedapkan kuah letak tomato dalam tumisan)
Masukkan air dan biar sehingga kuah mendidih

Masukkan ketam, garam , lada sulah dan serbuk perasa jika suka.

Masak sehingga mendidih dan kemudian masukkan cendawan dan tomato belah. Masak sekejap lagi dan siap!

Tabur daun bawang dan daun sup semasa menghidang



Post a Comment

3 Comments

  1. salam , lama tak singgah sini , btw sedap nampak sup ketam tu

    ReplyDelete
  2. SA mmg suka sup ketam..bahan tumis tu hiris je sbb x suka tumbuk...NantI nak buat yg version ENY Ni plak

    ReplyDelete
  3. X pernah makan sup ketam sbb x lalu, huhu~

    ReplyDelete