Musim durian kan sekarang ni. Dan saya paling suka kalau durian dibuat kuah durian. Selalunya dihidangkan dengan pulut. Tapi kali ni hidangkan dengan roti bakar bermentega. Ishhh sedap pula. Kalau roti biasa tu rasa biasa je, tapi roti bakar ni memang lain macam rasa dia. Kena bakar sampai garing tau baru sedap.
Saya tak pasti di negeri lain orang panggil apa kuah durian ni, tapi dengar kata ada yang panggil bubur, air gula, pengat dan sebagainya. Kalau di utara ni kami panggil kuah durian atau serawa. Selalu dihidangkan dengan pulut kosong. Masuk ja pulut dalam tu bila nak makan. Tapi makan dengan roti bakar atau roti pat segi (biskut tawar aka biskut cap hup seng) pun sedapppp! Hidangkan dengan teh tarik suam suam he he he
Resepi Kuah Durian
Bahan-bahan
5-6 ulas durian - lagi banyak lagi sedap heehee
1 cawan santan pekat
Gula ikut kemanisan, Boleh masuk sikit-sikit dan adjust
Secubit garam
Sedikit air ikut kepekatan
2 sudu besar sagu kecil - jika suka
Daun pandan- disimpul
Cara penyediaan
Campur ulas durian bersama sedikit air dan gula, didihkan. Jumlah air diparas durian sahaja ye. Jangan lebih.
Kacau dengan senduk supaya isi durian lerai. Dah lerai boleh keluarkan bijinya.
Tuang santan pekat, sedikit garam dan tambah gula jika perlu. Tambah air atau santan jika terlalu pekat
Masukkan sagu dan biar mendidih sambil dikacau sehingga sagu lembut, bolehla diangkat. Siap!
3 Comments
Morning... ♥
ReplyDeletewaduh²..sedapnya menu akk....
Area kg SA panggil gula durian...sedappppp
ReplyDeleteSedapnye..resepi pun senang. Nak try buat lah 😍
ReplyDelete