Cara Edit Gambar Guna Instagram

Haa ramai yang tanya kenapa gambar kekny di Insta nampak terang dan bersinaq hehe.. Kalau di insta memang gambar kebanyakannya adalah gambar dari handphone. Kadang bila shoot tu, memang lepas shoot pakai DSLR, akan shoot juga guna handphone sebab nak upload di instagram. Sebab nak tunggu transfer gambar dari laptop ke handphone alamat makanan pun dh habis, gambar pun dah basi. hehehe...

Pertama sekali korang memang perlukan cahaya yang cukup untuk ambil gambar yang cantik. Sama ada cahaya semulajadi atau cahaya dari lampu kalau shoot waktu malam. Kalau nak cahaya semulajadi, korang boleh cuba praktis letak satu meja yang sama tinggi dengan tingkap. Dan ambil gambar dari situ. Kalau ada meja rendah, boleh pakai pintu rumah hehehe.. Jangan buka flash langsung ok.

Ni gambar lepas edit di instagram. handphone pakai ASUS Zenfone 6


Ni gambar asal. Agak malap dan tak menyerlah. maklumlah pakai handphone je hehehe.. 

Uploadkan ke instagram macam biasa... kita boleh pilih option samada nak crop gambar atau ikut size gambar biasa.. ni kena ikut citarasa masing-masing. 


Terdapat dua pilihan menggunakan FILTER atau EDIT secara manual. Klik je pada EDIT. 


Kemudian Klik BRIGHTNESS untuk adjust kadar pengcahayaan.


Adjust sampai level berapa kita rasa sesuai..

Bila cahaya dah cun, boleh adjust SATURATION. Saturation ni macam nak warna lebih pekat dan terang atau sebaliknya.


Adjust ikut mata kita nampak cantik hehehe.. eh tapi perasan tak bawah pinggan macam ada bebayang?


So untuk nampak lebih menyerlah, kita kurangkan bebayang atau SHADOW gambar kita. Jadi klik SHADOW 






Nampak kurang sikit kan bayang tu.. jadi boleh lah cuba function lain seperti SHARPNESS. Ni kalau gambar tergegar sikit dan blur sikit boleh lah repair-repair sikit. Kalau blurr banyak memang tak boleh buat apa lah redho je lah dik 



Nak dreamy atau hazy effect (contoh sesuai gambar kahwin, gambar romantik, gambar makanan tak berapa nak sesuai, ni contoh je) boleh la guna function FADE ni..

Atau jika rasa nak gambar ala ala high key boleh try function HIGHLIGHTS

Gambar sebelum dan selepas....



Senang je kan kalau kita dah faham function-function dalam instagram editor tu. Saya prefer edit sendiri gambar secara manual dengan instgram editor dari pakai filter.. filter tu kadang-kadang ta berapa nak cantik bagi pandangan mata hehehe..

Post a Comment

12 Comments

  1. Oh! okay nanti nak cubalah.
    Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. isk..bagus ni..selalu select je pilihan gambar yang nak then upload..lepas ni kita cuba..thanks eny for tutor ni...kita pun ambil gambar guna hp..nak guna dslr mcm lambat sangat kan

    ReplyDelete
  3. Owhhh.. gittew. Thanks for the tips eny ☺

    ReplyDelete
  4. Ummi guna kaedah sama juga..tapi bagu u siap buat entry

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    First time rasa masuk sini..maklum la mood baru nak on balik berblog. Salam kenal Kekny.. Akak pun edit macam tu juga. Tapi apa pun gamba kena la kreatif juga mcm Kakny punya tu..Baru lah edit pun lawo (^_^).

    ReplyDelete
  6. Boleh cuba lps ni...selalu pkai brightness je

    ReplyDelete
  7. suka jugak play around dgn saturation, contrast tu semua :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  8. Edit tu yg mainkan peranan penting hehe

    ReplyDelete
  9. Ok keknya memang selalu guna pic yg ori.. btw tq. Nak juga yg lawo gitu..

    ReplyDelete
  10. thanks for the tips. selalu kita edit pakai saturation and brightness je . hehhe boleh try ni <3

    ReplyDelete
  11. tq for sharing...good info kekny

    ReplyDelete