Cucur udang jagung ni memang feveret Kekny dan family. Macam cucur udang biasa tu cuma tambah isi jagung je kedalam adunan. Resepi pun sama macam Cucuq Udang Utara ni.
Disebabkan tiada kacang, makan buat je homemade chilli sauce tu... sedap juga. Nak guna sos botol sekarang ni, gula je lebih.. tak rasa pedas. Rasa manis je.. tak sedap lah kan...
Tips Cucur Udang Lembut dan Rangup
Cucuq ni Kekny letak gula sikit supaya adunan lebih lembut, dan sebelum goreng, peram kejap selama sejam. Barulah bila goreng, dia kembang elok je.Resepi Cucur Udang Jagung
Bahan-bahan2 cawan tepung gandum
6 sudu besar tepung beras
2-3 cawan air (lebih kurang, kena masukkan sikit sikit dan adjust kepekatan)
15 ekor udang
1/2 cawan isi jagung atau lebih
1 cawan tauge
1/2 cawan daun kucai
1 ulas bawang besar - dipotong dadu kecil
Sedikit gula (saya suka bagi manis sedikit)
Sedikit garam
Cara-cara
Campur kesemua bahan diatas dan kacau rata. Peram sekejap dalam 1-2 jam Barulah digoreng
Goreng (deep fry) dalam minyak panas. Selepas goreng, potong kecil kecil dan hidangkan dengan kuah kacang atau sos cili
3 Comments
Hurmm... nak buatlah nampak macam senang.
ReplyDeleteTengok gambar terus lapar :-(
Huishhh sedapnyaaa.. best betul kalau pandai masak ni... nanti nak try la resepi akk
ReplyDeletefeveret cucur ni.. nak try resepi kak eny pulak
ReplyDelete