Kalau ke Ipoh atau Batu Gajah Perak, korang boleh singgah ke Tronoh untuk menikmati kesegaran udang yang dimasak pelbagai menu. Kalau sebelum ni Kekny share pengalaman merasai Mee Udang di Kuala Sepetang, kali ni jom kita terjah Mee Udang Tronoh pula.
Pekan Tronoh, Perak
Pekan Tronoh, pekan kecil terletak diantara Batu Gajah dan Bandar Seri Iskandar. Kini pembangunan pesat di Tronoh selepas terbinanya Ipoh Lumut Highway yang menghubungkan Ipoh dan Lumut. Kedai Mee Udang ni terletak betul di tepi Jalan Ipoh Lumut Highway, iaitu shop lot berdekatan Stesen Minyak Petron, disebelah kanan dari Ipoh menghala ke Lumut. Pekan Tronoh di juga berhampiran UiTM Seri Iskandar dan Universiti Teknologi Petronas.
Banjir Udang Dalam Pinggan
Ni nasi goreng udang banjir. Memang penuh udang dalam tu. Puaslah meratah udang.Udang pula memang besar dan segar. rasa sangat manis isinya.
Nasi Goreng Udang biasa pun ada kalau tak nak yang banjir udang... sesuai untuk kanak-kanak.
Boleh juga order sambal udang sebagai lauk atau hidangan sampingan. Sambal tu sedikit manis, mungkin menggunakan tambahan sos. kalau sambalnya dibuat ala sambal tumis petai saya kira lagi sedap!
Udangnya fresh dan kurang rasa berpasir... tengok kami order nasi goreng banjir udang, dan sambal order udang lagi.. ish kolestrol kolestrol hehehe..
Ini paling win, mee banjir udang. Sedap betul! Rasa kuah mee dia sedap, pedas manis dan cukup rasa.
6 Comments
Wow! nampak mee udang tu pun memang sedap rupanya
ReplyDeleteFuhhh terliur !
ReplyDeleteudang fav sy kak eny.. alah terliur plak tengok lelama entry ni..
ReplyDeleteDulu masa dok di Seri Iskandar, selalu makan sini. Lokasi asal dia kat bawah pokok, dalam pekan kecik Tronoh tu. :)
ReplyDeleteTerua scroll laju2..x bleh tahan wooo dah la fav SA udang....
ReplyDeletelalu je, tak pernah nak singgah.nmpak sungguh menyelerakan..eny
ReplyDelete