Kekny kan suka bubur nasi, jadinya resepi bubur nasi je lah kan hehehe.. Kali ni resepi Bubur Nasi Teochew atau Teochew porridge. Bubur nasi ni dimasak dengan udang kering, sotong kering, halia dan bawang putih. Ada yang campurkan isi ikan tenggiri atau ikan merah. Kemudian bubur ni dihidangkan dengan lauk pauk tersediri seperti kangkung goreng belacan, ikan bilis goreng, telur masin, jeruk halia, dan pelbagai lauk tumisan. Memang mewah dan sedap.
Tapi versi Kekny buat ni simple je. Sebab buat untuk sarapan pagi dengan kejar masa nak pi office lagi hehehe.. Bahan pun mana ada je. Alah kita yang buat dia kan... Bubur tu makan sahaja pun dah sedap. Cukup rasanya. Nak hidang tu letak sikit minyak bijan dan tuang kicap masin. Layannnn.. Tapi tak nak nampak kosong Kekny buat seafood stir fried simple. Ada satu plastik mixed seafood yang frozen tu. Dah cairkan, gaul dengan, kicap masin, lada sulah dan garam. Tumis halia dan masukkan seafood. Masak sekejap je dah siap. Hidang je atas bubur...
Resepi Bubur Nasi Teochew
Bahan-bahan
1 pot beras
Air secukupnya
2-3 sudu besar udang kering tanpa kulit
2 keping sotong kering bahagian badan, bersihkan dan hiris halus
1 keping isi ikan tenggiri, dipotong dadu
1-2 inci halia, dimayang halus
Sedikit minyak bijan
Daun sup dan daun bawang
Telur masin siap direbus
Cara penyediaan
Rebus beras bersama air, halia dan udang kering sehingga menjadi bubur.
Masukkan isi ikan, dan kemudian sotong kering yang dipotong halus.
Biar mendidih sekejap kemudian boleh la dihidangkan bersama titisan minyak bijan, daun sup dan bawang, telur masin dan juga lauk pauk kegemaran.
Resepi Stir Fried Mix Seafood
Bahan-bahan
1 paket frozen mix seafood - boleh je gantikan dengan udang sotong atau kepah yang fresh
2 sudu besar kicap air
lada sulah secukupnya
3 ulas bawang putih cincang
sedikit sos tiram
Sedikit minyak untuk menumis
Cara penyediaan
Mix seafood digaul dengan semua bahan diatas
Panaskan minyak dan tumis je bahan mix seafood yang digaul tu. Masak sekejap sehingga semua seafood masak. Hidangkan atas bubur nasi.
5 Comments
Sedap ni. Peberet anak2 la klu bubur2 cmni...
ReplyDeleteAlahai eny...sedapnya plak..sesuai bawak pi opis jugak ni kan...sedapnyaaaaa
ReplyDeleteApa sahaja yang akak masak..
ReplyDeletenieyl mesti terliur
yesza bubur best tuhhh
ReplyDeleteKenapalah saya tak suka bubur nasi .. hahaha
ReplyDelete.
Blog House Husband - Kerja Dari Rumah