Summer Spaghetti

Summer Spaghetti ni ialah resepi dari chef yang menjadi idol Kekny iaitu Chef Ina Garten. Spaghetti ni nampak ringkas tapi sangatlah sedap. Yang penting lengkap dan cukup khasiat dalam satu hidangan. Kalau suka letak daging, udang dan isi ayam boleh je. Tapi Kekny ikut resepi asal Ina hanya tomato dan daun basil. 

P6271314bred

Nampak agak boring tapi sebenarnya penuh rasa sebab pengunaan keju dalam tu. Dulu Kekny pernah masak sekali RESEPI DISINI

P6271310ed  

Summer Spaghetti

Bahan-bahan

200 gm spaghetti
3-4 sudu minyak zaitun
½ cawan keju parmesan
9-10 helai daun basil segar
½ cawan tomato ceri merah – dibelah dua
3 ulas bawang putih – dicincang halus
1 ulas bawang besar – dicincang kasar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Beberapa tangkai daun herba sweet thymes – di cincang halus (boleh juga pakai herba thyme kering)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air rebusan pasta secukupnya

Cara penyediaan 

1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.

2. Masukkan spaghetti yang direbus bersama sedikit air rebusan. Masukkan garam, serbuk lada hitam dan daun herba thyme

3. Masukkan keju parmesan yang diparut. Masukkan juga tomato ceri dan daun basil. Gaul rata dan masak sekita. Boleh la diangkat.

4. Hidangkan dengan menaburkan keju parmesan diatas pasta

Untuk resepi lain boleh klik Spaghetti Bolognese  dan Resepi Creamy Beef Fettucine

Post a Comment

3 Comments

  1. dah kalau kak eny yg msak, summer winter semua nampak sedap. rasa konfem dah sedap ni

    ReplyDelete
  2. sgt menyelerakan masakan nie

    ReplyDelete