Haaa dah masuk hari ke 8 Ramadan dah. Sekejap jemasa berlalu. Masak apa korang? Di bulan puasa kalau tengahari macam ni mesti kepala suri rumah atau wanita akan ligat pikir apalah nak dimasak petang ni sebagai juadah berbuka. Dari menu lauk pauk, kuih muih dan pencuci mulut sampai lah jenis air.. boleh pening kepala dibuatnya kadang-kadang. Buntu sebab adakalanya yang kita suka, anak-anak tak suka, suami tak suka kan.. hihi. Pernah dengar ke Bubur Caca dan Labu? Kalau bubur caca tu mesti pernah dengar kan.
Kekny share resepi bubur Caca bersama labu ni memang sesuai sekali gandingan keduanya. Rasa lemak isi labu tu sesuai digandingkan dengan caca dan kelemakan santan tu. Simple je resepi bubur ni. Kalau tak pernah masak bubur tu boleh la cuba. Bahannya pun simple sahaja.
BUBUR CACA DAN LABU
Bahan-bahan1 cawan caca, direbus
1 cawan labu, dipotong kiub dan direbus empuk
2 cawan santan pekat
2 cawan susu sejat
2 helai daun pandan disimpul
½ cawan air - atau lebih jika perlu
3/4 cawan gula pasir - ikut manis ye.
Cara penyediaan
1.Panaskan air dan daun pandan, masukkan gula dan masak sehingga mendidih.
2.Masukkan susu dan kacau rata. Masukkan labu yang telah direbus dan caca yang juga telah direbus lembut. Masak sekejap.
3.Masukkan santan dan masak lagi sehingga mendidih sambil dikacau. Sedia dihidangkan
4 Comments
lama nya xmkn bubur chacha.. igt dulu masa duk anak bukit loq staq..tgk sendiri nenek yg ajaq mengaji buat chacha tu...senang dan seronok je
ReplyDeleteWahh meriah lah bubur ni keknyyy!
ReplyDeleteBubur caca sedap! Suka betul kalau jumpa bubur caca di kenduri kahwin =D
ReplyDeleteComelnymla bubur caca..nak.makan pon jadik sayang kekny oiiii..
ReplyDelete