LONTONG TUMIS

Satu lagi menu yang kekny masak raya hari tu. Lontong tumis ni agak lain dari lontong yang menggunakan kuah masak lemak lodeh. Yang ni versi ditumis dan diletak cili sedikit. Tak la pedas mana tapi kuanya tak terasa kosong sangat. Sedap dimakan begitu sahaja atau dihidangkan dengan kuah kacang dan serunding. Kebiasaannya lontong dihidangkan bersama sambal tumis, tapi yang ni makan begitu sahaja pun dah sedap.


Bahan-bahan sayur tu macam kita buat kuah masak lodeh biasa. Boleh pelbagaikan jika suka.

P6267973ed2  

Resepi Lontong Tumis


Bahan-bahan 
1 paket ketupat nasi mini direbus dengan sedikit garam
500ml santan pekat
3 ketul tempe dipotong
2 bungkus fucuk direndam lembut dan dipotong pendek
Suun secukupnya direndam lembut
¼ bahagian kubis dipotong nipis – saya pakai kubis cina
2 batang lobak merah dipotong memanjang
Kacang panjang dipotong pendek
2 sudu besar udang kering tanpa kulit direndam
2 ulas bawang besar dibelah 8
2 biji cili merah dihiris nipis
sedikit minyak untuk tumis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar atau tumbuk
10 tangkai cili kering yang direbus dan buang biji
3 sudu besar udang kering
4 biji buah keras
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas

Cara penyediaan 

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi baunya.

Kemudian masukkan bahan sayur beserta santan.

Masak sambil kacau dan biarkan sehingga mendidih dan lembut sayurnya.  Masukkan garam dan gula secukup rasa

Hidangkan bersama ketupat nasi, nasi himpit bersama serunding atau kuah kacang.


Untuk resepi kuah kacang, boleh tengok sini ye KUAH KACANG SEDAP

Post a Comment

3 Comments