Dalam banyak masakan, Kekny paling malas sekali nak masak bihun goreng hahaha. Resepinya mudah je, tapi nak mengacau bihun tu yang letih dan susah. Sebab bihun ni sebelum dia lembut, keras kejung, liat dan dalam proses nak lembutkan tu memang susah nak mengacau. Kalau letak air lebih nanti bihun terlebih lembut, tak berapa kenyal dan hancur jadinya. Kekny pula suka bihun yang kenyal sikit baru puas makan tu. Kalau lembut dan lembik memang tak berapa sedap. Rupanya bihun goreng juga boleh dimasak guna pressure cooker. Cepat dan yang penting tak perlu nak kacau! Untuk bihun goreng pressure cooker ni Kekny pakai Phillips Pressure Cooker.
Kekny guna Philips Pressure Cooker. Haa masukkan je bihun keras seketul tu kedalam bahan tumisan. Lepas tu tambah air bagi bihun tu tenggelam je sikit dan tutup pressure cooker. Masak dalam 15 minit je.
Bila dah lembut bihunya, masukkan sayur dan keep warm sekejap sambil kacau untuk layukan sayur tu.
Lepas ni Kekny akan buat bihun goreng selalu sebab bihun ni kegemaran Maktok.
Untuk resepi lain menggunakan Philips Pressure Cooker ni boleh klik sini Philip Pressure Cooker
Resepi Bihun Goreng Presure Cooker (Philips Pressure Cooker)
Bahan-bahan1 bungkus bihun. Bilas je dan toskan. Tak perlu rendam
Isi ayam, daging udang dan sebagainya
Sayur kobis atau sawi
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar cuka makan
Garam gula secukup rasa
Bahan kisar
1 ulas bawang besar
10 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering rebus
Cara penyediaan
On pressure cooker, press chicken dan start. Masukkan sedikit minyak, biar panas dan masukkan ayam, daging atau udang. Goreng sebentar sampai kecut. .
Masukkan bahan kisar, dan semua bahan sos dan kicap. Masak sekejap sehingga cili tu garing.
Masukan garam, gula dan cuka. Masukkan bihun. Jika air kurang tambah sikit air agak bihun tu terendam je.
Off dan cancel kan mode chicken tadi kat pressure cooker.
Tutup pressure cooker, sekali lagi press chicken dan press start. Tunggu je lah sampai masa ditetapkan habis dan boleh la release pressure.
Lepas buka, Keep Warm dan masukkan sayur dan kacau rata. tutup penutup dan biar kan sekejap untuk layukan sayur tu. Siap.
Ni untuk videonya yang Kekny posted di Instagram Kekny.
1 Comments
Guna periuk tekanan biasa pun boleh je
ReplyDelete