Kek Coklat Viral 2 Bahan

Resepi Kek Coklat 2 Bahan menjadi viral baru-baru selepas resepi Apam 3 Bahan. Kalau nak tahu kek coklat 2 bahan ni hanyalah menggunakan biskut Oreo dan susu sahaja. Betul ke? Eh betul la jom tengok resepinya.


Nama pun kek 2 bahan, kau janganlah expect rasanya akan menjadi semewah kek coklat devil atau rasa macam BROWNIES SEDAP Kekny tu hahahaha. Walaupun rasa kek coklat ni tak lah sesedap kek coklat moist atau kek coklat yang biasa kita makan, tetapi berbaloi mencuba kerana hanya 2 bahan sahaja dan mudah pula tu teknik membuatnya. Sesuai kalau untuk korang yang tak ada peralatan baking tetapi teringin nak makan kek buatan sendiri. Kek coklat 2 bahan ni sedap dihidangkan dengan frosting cream cheese coklat ni. 


Resepi Kek Coklat 2 Bahan

Bahan-bahan (untuk acuan 8 inci)
3 paket biskut Oreo
300ml susu perisa coklat

Cara penyediaan

Hancurkan biskut oreo menggunakan pengisar kering

Tuang susu kedalam biskut hancur dan kacau rata sehingga sebati

Panaskan pengukus dahulu dan kemudian masukkan adunan kek dalam pengukus dan kukus selama 25 minit hingga 30 minit sehingga kek masak.

Hidangkan dengan topping cream coklat ganache

Resepi Krim Coklat Ganache

Bahan-bahan 
300 gm whipping cream
500 gm coklat (dark) - dipotong kecil atau boleh pakai dark chocolate coins
1 sudu besar butter

Cara penyediaan

Panaskan whipping cream secara double boile. Bila naik buih di tepi (tetapi belum mendidih) masukkan coklat. dan butter. Kacau rata sehingga coklat cair sepenuhnya.

At this point coklat ganache yang sudah sejuk boleh dicurahkan atas kek. Tapi coklatnya akan cair lah. Jika nak jadikan dia berkrim kena sejukkan dan kemudian simpan dalam peti sejuk semalaman.

Esoknya boleh keluarkan coklat ganache dan cedok masukkkan kedalam mixer. Putar sehingga ganache menjadi kembang dan berkrim. Warnanya akan bertukar menjadi coklat muda. Boleh la sapu atas kek.

Post a Comment

2 Comments