Tak ada Idea Nak Upload Instagram? Tips Content Instagram

Hai semua, mesti ramai yang ada akaun Instagram kan tapi tak ada idea nak upload apa lah di Instagram ni. Terutama sekali kalau Instagram korang ni Instagram for business dimana korang hanya update jika ada sales, promotion atau jika korang open order sahaja. Hari-hari lain Instagram korang dibiarkan sepi bak angin lalu. 

Itu adalah satu tindakan yang salah membiarkan tiada apa apa post di Insta pada masa yang lama. Kalau sekejap hiatus pun tak boleh sebenarnya. Kalau untuk akaun personal pun tak salah jika korang constantly updates insta tu supaya lebih dapatkan followers dan engagement. Mana tahu Instagram korang popular dah boleh jadi Insta Famous!!

Ok lah Kekny nak share tips yang korang boleh amalkan jika korang tak ada idea nak update Instagram korang. Tips ni banyak untuk business tapi korang boleh je praktikkan dalam instagram personal korang.

Tips Content di Instagram Untuk Business Dan Personal



Added-value Content 
iaitu content yang mempunyai value yang bermanfaat untuk semua. Contoh ialah korang boleh letak gambar dengan inspirational quotes, tutorial, ayat-ayat serta doa doa harian. 




Penceritaan
. Korang boleh upload gambar untuk bercerita. Cerita tentang apa sahaja. Tentang rakan korang yang baru berjaya mengharungi liku liku hidup sebagai contoh. 

Special Dates
 iaitu Special post pada hari dan tarikh special. Contohnya Hari Ibu, Hari Guru, 1st day of December , boleh letak gambar dengan text “Hello December” something like that lah. Jika berkaitan business, korang boleh update event tentang tarikh pada hari tu atau anniversary, staff birthday celebration dan sebagainya.




Promo
 biasanya untuk Instagram business, Sekali sekala buatlah sedikit promo dan upload banner yang menarik berkaitan promo tu di Instagram

Fun
. Ini juga sebagai menarik perhatian followers. Letak juga jokes atau cartoon yang menarik dan creative. Korang juga boleh guna gambar korang yang dirasakan kelakar, gambar kucing, atau reka sendiri cerita kelakar atau cerita pengalaman kelakar yang pernah dilalui untuk hiburan followers korang.



Company / business information kena post juga seali sekala tentang apa business korang ni sebenarnya. Kedai di mana, no contact, website dan sebegainya. Buat dalam satu banner yang menarik dan post di instagram.

Surprise & delight khas untuk followers korang. Contohnya buat giveaway dan contest. Cara ni boleh tingkatkan jumlah followers as well tau

Social awareness ni seperti share tentang kutipan derma, tentang cancer awareness sebagai contoh, tips kesihatan atau tips keselamatan contohnya

Kekny bagi tips diatas ni tak semestinya korang buat semua tau, tapi cuba satu persatu dahulu dan tengok feedback dari followers, yang mana diorang suka. Dan keep updating yang mana dapat engagement banyak dari followers. Good luck yee.

Post a Comment

12 Comments

  1. Suka post yang ada caption. Kalau takde caption haish! apo ko bondo ea ni tak best jadinya.

    ReplyDelete
  2. singgah sini, boleh lah nak ambil tips dari eny. kekadang buntu tu ada jugak

    ReplyDelete
  3. Thanks kak eny for the info... nak kena rombak balik IG... bg nampak cantik

    ReplyDelete
  4. thank you kekny for the tips..mmg kadang tak ada idea nak update kat ig..

    ReplyDelete
  5. Betul jugak. Tak terfikir. Thank you kak eny

    ReplyDelete
  6. Kadang2 xde idea nak update apaa. Huhu

    ReplyDelete
  7. wahh good tips ni! tq kak eny cyg ;)

    ReplyDelete
  8. Thanks for the tips eny. Memagn kadang-kadang tak tahu nak upload apa kat IG.

    ReplyDelete
  9. Masalah nak post gambar di IG adalah malas nak edit gambar dan tak tahu nak letak caption 😂

    ReplyDelete
  10. Tips yang berguna jugak .kadang samoai tak tahu nak up gambar apa untuk ig

    ReplyDelete