Ikan Masak Taucu resepi simple dan mudah je. Tips nak buat ikan masak taucu yang sedap, rasa dia kena seimbang, masin, manis dan masam barulah sedap. Sedap dihidangkan dengan sambal belacan dan ulaman kampung. Ok lah busy sikit minggu ni tak boleh nak taip banyak-banyak, korang check resepi kat bawah ye.
Resepi ikan masak taucu
Bahan bahanIkan apa sahaja digoreng dahulu - Kekny pakai anak tenggiri
4 sudu besar taucu, letak dalam penapis dan laluan air paip untuk cuci sekejap untuk hilangkan masin.
3 ulas bawang putih dihiris
5 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris
Cili merah dipotong
Daun saderi dipotong
1 labu bawang besar dibelah bentuk baji (wedges)
2 sudu kecil lada sulah
Sedikit serbuk perasa jika suka
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan :
Tumis bawang merah, bawang putih, halia sehingga garing, masukkan taucu dan sedikit air ikut nak kuah banyak mana.
Masukkan lada sulah, garam, gula dan serbuk perasa.
Masukkan ikan, bawang besar dan cili merah.
Akhir sekali masukkan daun saderi dan siap.
Boleh juga tengok video yang Kekny share di Instagram ni ye..
2 Comments
fav Liez tapi klau mak yang masak...
ReplyDeletetak pernah makan kat luar lagi.. hihihi
letak timun perghhhhh krup krap rs nyaaaa
sedapnyer...
ReplyDelete