Ramai yang tahu buat sandwich ni. Sebab resepinya dan bahan pun mudah dicari. Tetapi ramai tak tahu bagaimana nak packing dan pasarkan sandwich mereka. OK untuk tips berniaga homemade foods kali ni Kekny akan tunjuk cara buat sandwich untuk jualan dengan dengan lebih teratur dan cantik.
Untuk resepi sandwich tuna ni menghasilkan 20 keping sandwich 3 lapis dan dipotong 4. Ramai yang bertanya kenapa perlu potong sampai 4 kerana ianya menjadi sangat kecil. Jangan risau sebab kita guna 3 lapisan roti. Potongan kepada 4 bahagian menjadikan sandwich mudah didirikan dan disusun didalam kotak. Jadi setiap penciptaan tu adalah sebabnya kan.
Resepi Sandwich Tuna
Bahan-bahan inti sandwich
1 tin tuna mayonis Ayam Brand
3 sudu besar mayonis
1 sudu besar perahan limau nipis atau lemon
2-3 sudu besar sos cili - ikut manis, ada sos terlalu manis, jadi kurangkan
1 biji parutan lobak merah (optional) - boleh tambah teksture dan volume selain faktor serat bagus dalam sandwich
Untuk pedas, boleh tambah 2-3 biji cili padi yang dihiris halus.
Gaul semua bahan diatas sehingga sebati dan siap.
Bahan sos sandwich (digaul rata dan masukkan dalam piping bag plastik)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar mayonis
Bahan lain sandwich
Daun salad hijau secukupnya, dibersihkan awal dan toskan serta keringkan
2 biji tomato (buang biji dan air di tengah) dibelah dua dan dihiris nipis
Sedikit butter yang lembut untuk sapuan di roti
1 bungkus roti putih Gardenia paket besar
Cara Buat Sandwich Untuk Jualan
Sapu 3 keping roti dengan butter yang telah lembut ye. Kalau butter masih keras, nanti sapuan tak lancar. Bila butter keras, korang akan tekan-tekan roti tu dan roti tu jadi nipis dan tak cantik. Guna butter atau merjarin berkualiti ye jangan guna marjerin murahan yang jual timbang. Letak tanggungjawab social kita sebagai peniaga untuk sama-sama menjaga kesihatan pelanggan kita.
Letak inti tuna dalam sesudu besar dan ratakan. Ramai peniaga hanya letak inti di tengah dan tak ratakan. Memang inti tu nampak penuh selambak tapi bahagian bawah tu kosong je. Sebaiknya ratakan inti sampai ke hujung tapi jangan melimpah.
Letak roti diatasnya menjadi lapisan roti kedua
Bahagian atas paipkan sos mayonis yang kita buat tu. Letak tomato 2 keping dan kemudian letak pula daun salad. Paipkan lagi sos mayonis ke atas daun salad untuk lekatkan roti dan sayur. Kemudian letak lagi sekeping roti diatas sekali. Jadilah 3 lapis sandwich.
Cara Potong Sandwich Dengan Cantik
Guna pisau roti ye yang jenis bergerigi untuk potong. Bila potong, jangan tekan terus pisau ke bawah. Ini akan kemek kan sandwich korang dan nampak nipis. Korang kena tarik pisau depan belakang macam kita gergaji kayu untuk potong sandwich tu barulah rotinya tak penyet dan inti serta sayur tak lari dan elok je terpotong.
Lap pisau dengan tisu ye setiap kali potong. Baru sandiwch kita tak comot.
Lepas potong dua, potong lagi sekali menjadi 4 bahagian. So dapatlah 4 keping sandwich. Buat lagi sehingga cukup 20 potongan.
Guna paper cup ikut warna kesukaan korang bersaiz 12 cm macam ni. Paper cup jenis lembut dan nipis macam ni ye. Tujuan kita letak paper cup ialah supaya kotak kita nanti tak basah jika ada sos meleleh ke bawah dan bila nak makan sandwich, senang nak pegang semasa menikmati sandwich dan juga boleh berfungsi sebagai tisu lap juga lepas makan hehehe..
Lepas letak sandwich dalam paper cup, susun sandwich dalam kotak saiz 10 x 10 inci yang jenis tinggi dalam 4 ke 5 inci.
Bahagian tengah, sengetkan dan sandar sandwich pada barisan pertama. Sebab nanti barisan ketiga tak muat nak masuk pula.
Untuk kotak ni setiap baris dapat letak 6 keping sandwich, jadi 3 baris menghasilkan 18 keping, balance lagi 2 korang letak je di atas barisan tu. Jadilah sekotak sandwich 20 pcs. Harganya korang kira lah sendiri kos barang korang, kos kotak, paper cup dan sebagainya dan tentukan sendiri berapa untung yang korang nak ambil.
24 Comments
biasa mkn sdiri roti 2 lapis je..tq for sharing
ReplyDeletewa sedapnya.. buat bekal anak2 pun elok ni.
ReplyDeleteFualamk mmg nampak pro laa.. Tq eny nanti nak cubalah
ReplyDeleteo dah tahu mana salah kita, kenapa roti kita mushy kalau dah lama-lama. kita spread mayo banyak-banyak (^____^)" ke nak bakar dulu roti tu?
ReplyDeletesedapnya sandwich
ReplyDeleteTips perkongsian yang baik dah boleh mulakan bisnes sandwich macam ni
ReplyDeletehah baru tau cara nak potong saiz kecik cam tuh... ok ok tq tau
ReplyDeleteMemang nampak menyelerakan.. Professional betul rupanya :)
ReplyDeleteaaa terus lapa tgk sandwich mauuu bole haha
ReplyDeleteWah berguna btul tips ni kekny...
ReplyDeleteTq2
even untuk niaga pakai roti gardenia dan sardin ayam brand ?
ReplyDeleteTq for sharing..sgt bermanfaat
ReplyDeleteSedapnya. Good idea, lain dr biasa. 3 lapis roti. Blh try nie. Tq, ye for sharing😀
ReplyDeleteSelalunyer berape harge yg mcm ni
ReplyDeletePerrrhhh!!!
ReplyDeleteTq for sharing..mintak puan halalkan ilmu ni utk keguanaan..
ReplyDeleteSedapppnya
ReplyDeleteRoti gardenia panjang 1 bgkus, sardin tuna 1 tin,blh guna mayo paket x?
ReplyDeleteAskum trma ksih respi sis.sy nk gna rspi sis ye.mintk halalkn ye.nk tnya klu l kping tu brpa kite boleh jual je kwsan2 kg je .tq
ReplyDeleteterima kasih atas resepinya.. sy tau buat sandwich telur je huhu
ReplyDeletebrp sis jual ye sis..
ReplyDeleteminta izin repost di dalam blog saya, informasi yang berguna. Saya iklan bisnes akak di website saya vendormallz.com
ReplyDeleteTerima kasih puan di atas ilmunya. Semoga bermanfaat untuk puan.
ReplyDeleteTerima kasih puan atas panduan ni. Saya dah meniaga sandwich berpandukan resipi puan ni sejak setahun yang lalu. Semoga Allah merahmati puan.
ReplyDelete