Nasi Air Dingin ni memang agak mendapat perhatian sekarang. Katanya nasi ni berasal dari Negeri Kelantan, setiap hari dimasak di Kelantan dan diterbangkan menggunakan kapal terbang ke serata negeri di Malaysia. Kalau dulu hanya orang Kelantan atau yang bercuti ke sana sahaja dapat merasainya, sekarang di Kedah pun dah sampai Nasi Air Dingin ni. Dapatlah warga Kedah menikmati keenakan nasi ore kelate ni.
Tapi sekejap, Nasi Air Dingin ni apa sebenarnya? Masa pertama kali Kekny dengar Kekny ingatkan ianya ialah nasi air yang dimasak menggunakan air sejuk hahahahahaha. Rupanya ianya ialah nama Kampung tempat asal nasi ini iaitu di Kampung Air Dingin, Tumpat Kelantan.
Asalanya ialah nasi berlauk gulai. Tetapi kini telah dipelbagaikan dengan nasi dagang dan nasi kerabu. Setakat ni Kekny dah rasa Nasi Kerabu dan Nasi Dagangnya memang terangkat dan sedap!
Selalu dapat gulai ayam sahaja kerana gulai ikan tongkol atau ikan aye habis cepat.
>> Resepi Nasi Dagang Sedap << KLIK SINI
Nasi tu memang wangi dengan bawang, halba dan halia. Gulai pula memang tak rasa macam kari biasa kita makan. Memang sedap rasa lemak dan sedikit manis.
Di Jitra Nasi Air Dingin ada dijual di food court Kamunting, depan Workshop MADA. Kalau nak bolehla cuba beli dan rasa.
4 Comments
kt klate mmg femes..dulu pn terpk gk camne la nasi air dingin..rupanya nama tmpt..kt klate tu nasi air dingin kakchik & husna yg femes kt tumpat tu..tp kt kl pn byk yg dibawa dr klate tu
ReplyDeletekak.. nasi tu mmg berbungkus gitu fly dari Kelantan everyday ? pergh..
ReplyDeletesedap nih..kat putrajaya pun dah ade tp kene pegi awl kalau tak, cpt jer abis..hihi
ReplyDeleteSiqah layan jugak makan nasi camni. Simple jeZ
ReplyDelete