Daging Goreng Kunyit Pressure Cooker

Resepi Daging Goreng Kunyit ni memang menjadi kegemaran kebanyakan orang kan. Hidangan lauk ringkas ni memang menu yang seringkali kita masak dan diminta oleh anak-anak. Tapi bagi kita yang bekerja memang nak sediakan daging goreng kunyit yang lembut dan sedap ni adalah satu cabaran juga. Sebab nak menggoreng daging sehingga begitu lembut dan empuk. Korang boleh je rebus dahulu daging tu kemudian di goreng seperti biasa. Atau kalau yang ada pressure cooker tu boleh la guna pressure cooker. Lagi mudah guna pressure cooker ni sebab cepat. Dalam masa 15 minit sahaja dah siap daging goreng kunyit. Korang cuma perlu tinggal dalam periuk je sementara tu boleh tengok tv atau siapkan kerja lain.

Makan nasi putih, sambal belacan memang terangkat habis!

Daging goreng kunyit, ressure cooker, philips pressure cooker, periuk tekanan, cara guna pressure cooker, review philips pressure cooker

Cara Masak Daging Goreng Kunyit Pressure Cooker 

Korang cuma perlu tumis je dahulu bawang, halia dan kemudian masukkan daging yang telah digaul dengan kunyit dan garam serta sedikit lada sulah jika suka, bersama kentang, air sedikit dan tutup periuk dan pressure kan. Kekny guna Philips Pressure Cooker ni. Memang mudah je masak guna Philips PC ni. 

DSC03865ed

Dah habis masa pressure tu boleh release wap, buka penutup dan terus masukkan bawang potong dan cili potong. Siap!! Tak payah bagi resepi kot kan, sebab mudah je! Tapi kalau korang nak resepi juga boleh tengok resepi ni DAGING GORENG KUNYIT KELANTAN

DSC03884ed  
Atau korang boleh terus tengok video di Instagram Kekny ni macam mana nak masak Daging Goreng Kunyit Mudah je guna Philips Pressure Cooker

Cara masak daging goreng kunyit guna pressure cooker Philips Daging perap dulu dengan garam dan kunyit. Masuk minyak dalam periuk, on pressure cooker, tekan setting Beef dan Start. Tunggu minyak panas dan tumis bawang dan halia yang dipotong Masukkan daging yang digaul garam kunyit Masukkan kentang dan sedikit air. Kacau rata. Tutup periuk rapat. Off kan setting tadi untuk cancle setting awal masa kita tumis tadi. Kemudian, settingkan yang baru. Tekan sekali Beef dan Start. Jika daging jenis liat boleh guna setting Tendon Biar daging pressure dalam tu dalam 20 minit je. Selepas habis masa pressure, release pressure dan buka periuk. Masukkan bawang dan cili padi. Setkan semula Beef dan Start, tapi tak perlu tutup periuk, kemudian masak sampai bawang layu dan kuah agak kering barulah diangkat. #resepienyabdullah
A post shared by Eny Yusnizar Abdullah (@enyabdullah83) on

Resepi Pressure Cooker dari Kekny

Macaroni Daging Pressure Cooker
Bihun Goreng Pressure Cooker

Post a Comment

0 Comments