Jom Pi Pasar. Tips Beli Ikan Segar Dari Maktok

Sedikit kelapangan pagi ini. Kekny bawa Maktok ke pasar. Nak beli stok bahan basah yang dah habis. Kebiasaanya Kekny memang beli barang basah di pasar sahaja sebab faktor kesegaran dan harga yang jauh lebih murah. Yaa kau pun tahu di pasar ni ramai yang berniaga hasil tanaman sendiri, berniaga produk kampung, sayuran dan buah kampung yang susah kita nak cari di pasaraya. Kau mana dapat beli pucuk putat, pucuk daun letup di pasaraya. Kena juga cari di pasar.  Dapat lah juga menolong menyumbang kepada ekonomi orang tempatan kita. Jom Pi Pasar!

Tapi sebelum membeli belah kita makan dahulu buat bekalan tenaga! Murah makan kat gerai-gerai dalam pasar. Laksa baru RM3, kuih muih RM1, Teh ais RM 1.  Mana nak dapat! Kat pasar sajalah. Jom pi pasar!


Tips Beli Ikan Segar Di Pasar

Korang pernah beli ikan ke tak? Tahu ke nak beli ikan, udang dan sotong ni macam mana? Kau tahu nama ikan? Tak tahu? Ikan siakap kau kenal?

Tak perlu risau kalau ke pasar tu sebab di pasar kau cuma perlu ringankan mulut bertanya. Rajin-rajinlah bertanya penjual. Ikannya naik bila bang? Ikan ni masak apa sedap bang?  hahaha kau tanyalah mesti dapat jawapan punya. Peramah orang orang pasar ni. Itu seronoknya.

Tips Maktok senang je, tekan sikit badan ikan, udang atau sotong tu, kalau pejal tandanya segarlah. Kalau lembik tu kurang segar. Lepas tu cium tangan yang pegang ikan tadi. Bau hanyir sedap tu ikan segar, kalau bau hanyir busuk sangat tu tanda ikan lama dan tak berapa segar. Kalau tak bau langsung, awas, ikan tu dah diletak ubat pengawet tahan lama.  Haa ilmu ke pasar ni bukan semua orang tahu.


Sebenarnya ramai yang kurang berminat nak ke pasar ni. Kotorlah, bau busuk lah macam-macam alasan kau. Tapi pasar sekarang dah bersih bukan macam dahulu. Sekarang ada tempat khas dijadikan tapak pasar. Bersimen, bertar, pihak bandaran akan selalu bersihkan tapak pasar. Jadi kau jangan nak geli-geli sangat. Pi tengok baru tau!

Program Jom Pi Pasar Sekitar Kuala Lumpur

Paling seronok jika ada Program  JOM PI PASAR seperti dianjurkan oleh DBKL dengan kerjasama FAMA Pasar Tani  bagi membantu warga KL membeli barang keperluan dengan harga murah dan barang juga lebih berkualiti tinggi. Program ini telah bermula dari tahun 2017 lagi. 



Selain mendorong warga bandar ke pasar membeli barang keperluan, program JOM PI PASAR ini juga menawarkan insentif kupon belian barang pasar bernilai RM 20 untuk 150 pengunjung terawal yang datang ke pasar-pasar terpilih di sekitar Kuala Lumpur. Ini memang menarik kan. RM 20 tu banyak juga nilainya.

Seronoknya warga KL yang dapat kupon ni hampir setiap minggu, memang dapat jimat dan menampung serba sedikit kos harga barang keperluan sekarang. Dapat jimat serba sedikit tu bagus juga. 




Hasil tangkapan dipasar tadi, udang besar dan ikan gerut saiz besar baru RM 30. Wah kalau dapat kupon RM20, cuma belanja duit poket sendiri RM10 sahajalah. Untung kalau jadi warga KL!!!! 



Harapnya program JOM PI PASAR begini dapat diteruskan dan diperluaskan ke serata negeri bagi membolehkan insentif ini dinikmati oleh semua yang layak. Pihak DBKL teruskan usahamu menggalak warga bandar ke pasar kerana ianya bukan sekadar menawarkan barang pada harga murah, tetapi membantu ekonomi peniaga-peniaga kecil tempatan kita juga.



Post a Comment

34 Comments

  1. lepas subuh nak try laa pi tercongok kat pasar. mana tahu terpilih antara 150 orang tu kan.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Thanks sharing tips kekny..tapi program ke pasar,dapat pulak RM20..sangat mengujakan..untung orang KL kan

    ReplyDelete
  3. Kupon RM20 tu mcm2 boleh beli tau

    ReplyDelete
  4. betul tu belajar petua dari orang-orang tua.

    ReplyDelete
  5. Rugi siapa yang tak suka gi pasar. Pasar la best... Hehe

    ReplyDelete
  6. wow sangat bermanfaat inisiatif Jom Pi Pasar ni!

    ReplyDelete
  7. Wah.. Tq kekny for the tips nk pilih ikan, udang, sotong kat pasar.mmg selalu ke pasar tpi part pilih tu, haih main agak2 je...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Semoga kemudahan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat. Khasnya yg duduk sekitar KL.👍👍

    ReplyDelete
  9. Thanks kekny share tips yang berguna. Miza dah terbiasa dari kecil ayah yang pergi pasar dah kawin EE pun suka pergi pasar so memang tak pandai pilih ikan

    ReplyDelete
  10. Bestnya program ni. Untung org kl dapat peluang mcm ni. Dapat beli produk basah yang segar pada harga murah pulak tu

    ReplyDelete
  11. thanks share tips pilih ikan segar tu ...
    sekarang ni kat pasar byk penipuan ikan tak segar tapi konon peniaga kata segar ... tapi dorg letak formalin ke apa nama bahan kimia tu nak segarkan ikan ... risau nak membelinya ...

    ReplyDelete
  12. Terima kasih share tips dari Maktok ni. Kena pergi pasar la nanti mana tahu jadi orang bertuah dapat kupon RM20.00

    ReplyDelete
  13. jimat belanja dapur..lepaslah duit stok sayur..sayur la ni pun mahai cheq oiii

    ReplyDelete
  14. Thanks sharing tips.
    Bagusnya program ni... RM20 pun besar gak nilainya.

    ReplyDelete
  15. murah murah jgk ek makanan kat pasar. memang jarang sgt pergi pasar nih. hehe. btw mmg best kalau program tuh diteruskan sbb dpt berjimat cermat.

    ReplyDelete
  16. menarik lah ada kupon RM20 nih
    saya pun baru tahu

    ReplyDelete
  17. Lama xpi psar sejak ber anak kecik. Tp, psr best..semuanya FRESH

    ReplyDelete
  18. Camni memang untung la siapa yang duk KL

    ReplyDelete
  19. Nak p pasa dengan kekny blh? Hehe

    ReplyDelete
  20. sokong tu! sha harap program ni dilakukan kat semua negeri jugak

    ReplyDelete
  21. satu kluarga dpt satu kupon ka? untung

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah, ada juga inisiatif untuk golongan berpendapatan rendah dekat KL ni, walaupun duduk KL tak semua gaju tinggi sekurang-kurangnya dapat bantu keluarga berpendapatan rendah

    ReplyDelete
  23. TQ tips beli ikan segar... bagus wujudnya program macam ni. dapat membantu golongan berpendapatan rendah

    ReplyDelete
  24. Untungnya dapat kupon rm20, macam macam boleh beli.

    ReplyDelete
  25. Kat pasar suka beli sayur2 kampung... :)

    ReplyDelete
  26. Kena pi awal la kan baru dpt kupon tu :)

    ReplyDelete
  27. Budak2 skrg ntah ntah pasar kt mana pon x tahu kekny.hehehe

    ReplyDelete
  28. tips yang bagus kak eny.. dan program jom pi pasar ini bagus sangat.. bantu golongan memerlukan #hebatkannegaraku

    ReplyDelete
  29. Fresh2 tengok barang basah ni. Nice tips kekny. Rindu nak ke pasar.

    ReplyDelete
  30. RM20 besar nilainya bagi yang kurang berkemampuan

    ReplyDelete
  31. Good tips..akak tiap2 minggu ke pasar utk wet marketing dan simpanan utk seminggu..fresh

    ReplyDelete
  32. wau..boleh beli lebih lagi la barang kat pasar tu

    ReplyDelete
  33. Tq for the tips.. suka p pasar sbb barangnye fresh.. harap usaha,ni berterusan membantu mjimatkan perbelanjaan bg mereka yang memerlukan..

    ReplyDelete