Resepi Kek Buah Kukus Sedap

Siapa suka Kek Buah Kukus? Kekny dulu tak minat sangat dengan kek buah ni. Tapi bila rasa sekali kesedapan kek buah ni terus jatuh cinta. Faktor umur kot, makin berusia makin suka kek jenis berat macam ni. Tapi ya ampun kek ni kalau beli manisnya ya amat! Memang kalau nak kurang manis tu kena buat sendiri lah.

Kek buah ada jenis bakar juga, tapi jenis bakar selalunya tak berapa lembap seperti dikukus. Rasanya juga agak berlainan. Kekny teringin juga nak buat versi bakar, nanti akan cari resepi yang sesuai.

Resepi kek buah kukus, tips kek buah, cara buat kek buah, kek buah kukus, steamed fruit cake, fruit cake recipe

Tips Kek Buah Kukus Yang Sedap

Kek buah yang sedap kena guna butter yang berkualiti supaya rasa lemak lemak tu timbul bersama rasa manis buah dan keharuman serbuk buah pala didalam kek. 

Buahnya pula boleh guna apa sahaja jenis buah campuran, kismis, sultana, kulit lemon kering, halia kering, aprikot dan sebagainya. Lebih banyak buah lebih sedap.

Masa kukusan disyorkan selama 4 jam. Walaubagaimanapun 1 jam kukus, kek sudah elok masak. Kekny selalu kukus 2 jam sahaja, dan rasanya tak jauh beza. Cuma mungkin yang dikukus 4 jam lebih tahan lama.

Kek buah kukus ni lagi lama lagi sedap. Jika nak makan, lepas 2-3 hari rasanya lebih berlemak dan kuat rasa buah dia. Padu!

DSC04683ed DSC04717ed

Kek Buah Kukus

Bahan-bahan :

250g butter berkualiti
60 ml air panas
250g gula pasir
500g buah-buahan campuran
(Kekny guna buah campuran segera, sultana (kismis hitam), halia kering, dan kulit limau kering
3 biji telur gred A
350g tepung naik sendiri diayak
1 sudu kecil penuh serbuk buah pala
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar pes lemon sunquick



Cara penyediaan :

Sediakan karamel buah. Guna kuali atau periuk, dan masukan gula dan air panas dalam kuali dan buka api perlahan. Biarkan gula mencair dan jadi karamel. Jika nak kek yang warna cerah, karamel tu jangan hangus sangat. Bila guna dah mencair, masukkan butter yang dipotong kecil. Biar butter cair sepenuhnya dan sebati bersama gula. Kemudian masukkan semua jenis buah tadi kedalam adunan karamel  ni. Masak sekejap agak buah kembang terus tutup api. Biar sejuk sikit


P_20180519_162742ed

Telur dipukul dahulu dalam bekas asing dengan esen vanilla guna garfu pun boleh. 

Tuang karamel buah yang dah suam tadi ke dalam bekas tepung, dan masukkan telur yang dipukul bersama esen vanilla. Masukkan juga pes lemon sunquick. Kacau je rata.

P_20180519_164119

Acuan kena gris dulu ye, dan lapik kertas pengalas. Masukkan adunan dalam acuan 8 inci petak atau bulat. Balut permukaan acuan dengan plastik wrap atau aluminium foil untuk elak wap timpa atas kek. Kemudian kukus selama 2 jam atau 4 jam. 

Lepas kek masak, angkat penutup kukus dan biar kek dalam pengukus tu. Lap air yang terkumpul atas plastik atau aluminium foil. Biar seketika sebelum dibawa keluar. 

P_20180519_164900ed

Post a Comment

2 Comments

  1. ini memang melemahkan jiwa.. sedapnyaa =D

    ReplyDelete
  2. Assalam akak guna loyang size berapaya?

    ReplyDelete