Rendang Daging Campur Paru

Ada yang masih beraya ke? Tak apa lah raya kan sebulan. Mungkin sekarang ramai yang sibuk menghadiri jamuan rumah terbuka. Tak kurang juga yang mengadakan jamuan raya atau rumah terbuka untuk kawan-kawan dan saudara. Jadi kalau korang nak cari menu untuk masak ni boleh je intai-intai blog Kekny. Kalau di utara ni memang ketupat palas adalah meu utama disamping Rendang Ayam Pedas (Resepi disini) atau Rendang Daging Utara (Resepi Disini). Selain tu Rendang Paru juga sedap dihidangkan untuk jamuan raya ni.


Resepi raya tahun ni ialah Rendang Daging Campur Paru. Aduuuu sedap betul rendang paru. Dah lama tak merasa. Tapi disebabkan ada yang tak makan paru kat rumah ni, maka campur lah daging juga itu yang jadinya rendang campur. Kalau korang nak guna daging sahaja atau guna paru sahaja pun boleh. Atau boleh campur dengan bahagian lain seperti hari atau limpa pun sedap. Resepinya pun tak susah mana, cuma kalau rendang paru selalunya orang belah utara guna rempah seperti jintan, ketumbar sikit supaya lebih wangi bau rendangnya sesuai dengan rasa paru yang agak kuat tu kan. Ok jom tengok resepi rendang daging campur paru ni. Nanti korang cuba ya.

DSC05911ed

DSC05881ed

DSC05938ed  

RESEPI RENDANG DAGING CAMPUR PARU

Bahan-bahan :
800gm daging - dipotong sederhana
500gm paru - direbus lembut dan potong sedikit tebal
1 cawan cili kering, gunting pendek, direbus, buang biji dan dikisar halus
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
2 cawan santan pekat
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar gula kabung / gula melaka / gula merah - boleh kurang jika tak suka manis atau lebih jika suka
2 helai daun kunyit dipotong halus
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk tumis

Bahan kisar (dikisar dengan sedikit air)
3-4 inci lengkuas
3 batang serai
2 inci halia
8 ulas bawang merah saiz sederhana
4 ulas bawang putih

Cara penyediaan

Campur sekali serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, jintan putih dalam mangkuk, masukkan sedikit air dan gaul sebati supaya jadi paste.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi, masukkan rempah yang dibancuh dengan air tadi. Biarkan rempah masak sekejap. Kemudian masukkan cili yang dikisar. Masak dan tumis lama sehingga naik minyaknya.

Masukkan daging, paru dan santan, kerisik, masukkan gula melaka, dan kacau rata. Boleh tambah air jika terlalu kering.

Bila rendang dah hampir kering tabur daun kunyit dan masak lagi sehingga betul-betul kering.

Post a Comment

3 Comments

  1. Selalu makan rendang daging je.. First time dengar campur paru.. mesti sedapkan.. makan pula dengan ketupat..

    ReplyDelete
  2. Padu betul lah hasil resipi ini aduhai :D

    ReplyDelete