Sedapnya Assam Laksa Fishball D' Laksa

Ini bukan isu laksa yang kecoh baru baru ni di sosial media gara gara bercanggah pendapat doktor dan netizen tentang pantang laksa. Ini kisah orang yang belum diberi peluang merasai pantang laksa. Hahahahha. Dua minggu lepas Kekny dapat la bercuti sekejap dengan DH. Alah kitaorang tak lah ke tempat jauh-jauh sekadar ke Penang jalan-jalan mengimbau kenangan semasa zaman bercinta dulu-dulu. Dulu 10 tahun bercinta kami tak ada tempat lain mesti Penang je lah hahaha. Tempat merendek orang utara kata. Jalan menyusuri Gurney Drive, lepas tu ke Padang Kota makan Pasemboq. Tapi trip kali ini lepas 6 tahun berkahwin hanya nak berehat sahaja di hotel. Dah tua tua ni eh dah tua ke? memang malas dah nak berjalan masuk mall. Kalau dulu tawaf satu Queensbay Mall pun mampu. Sekarang mampu tunggu kat parking lot sajalah. hehehe. Sebenarnya ke Queensbay Mall sebab nak beli laksa viral ni.  D' Laksa Assam Laksa. Dah semua orang pakat share makan laksa assam D' Laksa ni. Kekny punyalah terliur nak merasa. Walaupun dah tahu assam laksa tu rasanya bagaimana tetap juga nak rasa kan. Laksa kot! Sapa lah tak terliur. 

D Laksa, Assam Laksa D Laksa, Penang Assam Laksa, Assam Laksa Fishball D Laksa, Cawangan D Laksa Kedah, D Laksa Penang, D Laksa review

D' Laksa Aman Jaya Mall Sungai Petani Akan Dibuka

Perancangan asal, kami nak beli di Aman Jaya Mall sahaja di Sungai Petani. Sebelum sampai Penang singgah SP kejap. Tapi kan hahahahha.. kedai D' Laksa di Aman Jaya belum dibuka. Kedai dah siap, cuma belum ada pekerja. Ada sign board tertulis "Opening Soon" Okay soon tu bila, I expect bulan depan ya. Nak bawa Maktok dan Adik rasa laksa ni di Aman Jaya Mall.

Itu yang jadi tukar pergi ke Queensbay Mall hanya nak beli laksa ni hahahah. Kesian DH kena tawaf satu Queensbay nak cari kedai laksa ni. Bini mengidam kalah orang mengandung. Lepas beli Laksa kami ke hotel dan check in. Boleh bayangkan bau laksa semerbak dalam kereta tu macam mana hahahaha.

D' Laksa Queensbay Mall Penang

DSC00838ed

Yang kami order ialah 2 bekas Laksa Asam tanpa fishball, 1 bekas Rojak Buah dan 1 bekas Assam Fishball. Rasanya jumlah harga ialah RM 21 lebih. Murah je kan!

Rojak Buah D' Laksa ni sedap. Kuah rojaknya tak berair pun walau satu jam lebih juga baru kami makan lepas beli. Buahnya potong besar-besar. Puas hati makan.

DSC00846ed, rojak D laksa

Assam Fishball D Laksa ni pun sedap. Hirup kuah sampai licin tau.

DSC00857ed, fishball D laksa

Semuanya habis kami makan. Ya ampun sedap dan kena dengan tekak. DH pun makan diam je. Dia suka la tu.

DSC00862ed

Assam laksa D Laksa ni terbaik. Kuahnya tak pekat dan tak cair, elok sahaja tahap kepekatan untuk dimakan dengan laksa. Dapat banyak ketulan ikan sardin besar. Jumlah petis yang dicampur pun just nice, tak terlalu manis.  Laksa mee sedikit kenyal, tak lembut sangat. Sedap lah cuma Kekny suka laksa halus lembut sikit. Cuma harap ulam tu boleh letak banyak sikit timun dan bawang. Sebab hari tu dapat daun salad je lebih.

DSC00879ed DSC00869ed
Ok nanti Kekny cerita pasal Nasi Kandaq pula hahaha makan saja saja lah kami ni.

Post a Comment

2 Comments

  1. allahu, terliur terus tengok nya. haha. tak sabar nak tunggu yg di SP tu buka. boleh la try pi rasa nanti ^_^

    ReplyDelete
  2. terliuk dah tengak assam laksa tu

    ReplyDelete