Myeong Dong Korean BBQ House Restoren Korea Di Alor Setar

Sebenarnya Kekny dah lama nak cuba makanan Korea ni tapi sebab kat Kedah ni memang tak ada Restoren yang ada menu Korean Food. Yang ada hanyalah Seoul Garden dan Mr Dakgalbi kat Aman Central, Alor Setar, tetapi menunya terhad. Baru-baru ni terjumpa Instagram Myeong Dong Korean BBQ House di Alor Setar sahaja. Terus Kekny datang ke sini. Memang dah lama nak rasa kan!


Restoren Korean Food Alor Setar

Restoren ni terletak di Jalan Kuala Kedah ye tapi bukan la di Kuala Kedah, di Alor Setar sahaja. Dari Pekan Simpang Kuala, masuk Jalan Kuala Kedah, lepas sikit dari simpang ke Jalan Pegawai, sebelum simpang 4 yang ada  Masjid. Orang Alor Setar je faham ni kan hahaha. Apa pun ianya di tepi jalan sahaja dan mudah dicari.

Sebelum makanan yang diorder sampai. Rasanya ini side dish kan untuk dimakan bersama nasi nanti.
Ada kimchi (sedap rupanya kimchi yang betul kimchi, dulu buat sendiri tak berapa sedap macam ni), Yang kuning tu nama Danmuji rasanya, taugeh dan cendawan yang digoreng. Sedap semuanya.

DSC01908ed

Bulgogi Rice Bowl. Sedap betul rasanya. Daging pun lembut dan manis. Portion nasi pun banyak. Ada pilhan ayam atau daging.

DSC01915_1ed

Beef Bibimbap. Dah lama nak makan bibimbap ni. Baru dapat merasa. Sedap betul! Ada pilihan ayam atau daging ya.

DSC01938ed

Selalu tengok diorang gaul dulu nasi, telur dan semua bahan. Yes memang pun gaul semua sampai sebati baru sedap!

DSC01947ed

Tteokbokki atau rice cake dimasak bersama kepingan fish cakes dan kimchi dalam kuah pedas manis. Selalu tengok geng Running Man tu makan buat orang terliur saja. Baru lah dapat merasa.

DSC01918ed

Kimchi Jeon atau Kimchi Pancake. Sedap betul yang ni. Dibahagian tengah sedikit lembut, dibahagian tepi pula rangup. Aduhaiii cair dalam mulut lempeng ni. Nanti Kekny nak order yang versi tanpa kimchi iaitu Pajeon. Mesti lagi sedap!

DSC01965ed

Jadi makanan Korean disini memang sedap dan sangat disyorkan. Memang kami akan repeat lagi. Nak order menu lain pula. Harap nanti pihak restoren boleh adakan menu Jajangmyeon dan Gimbap yaaa. Range harga dari RM 20 ke RM 80 (set BBQ). Untuk portion individu memang banyak dan mengenyangkan. Total kami makan diatas iaitu

1 Bulgogi Rice Bowl
2 Bibimbap
1 Tteokbokki
1 Kimchi Jeon
1 tin Coke
1 tin Sprite
1 botol air kosong (botol besar boleh share)

Jumlah RM 160++

Bagi yang bertanya tentang status halal, pihak Myeong Dong ada beritahu, mereka menggunakan bahan-bahan yang halal. Memang ramai pelanggan Islam yang datang ke sini. Jadi kalau yakin tu dan tak was was boleh lah cuba ya. Maklumat lanjut boleh hubungi sendiri pihak restoren.

Myeong Dong Korean BBQ House - Restoren Makanan Korea Alor Setar Kedah

Social Media :
Facebook Page Myeong Dong Korean BBQ House
Instagram Myeong Dong Korean BBQ HOUSE

Alamat :
No.100 wisma profit land, jalan kuala kedah
Alor Setar

Post a Comment

3 Comments

  1. wahhhh tak pernah jumpa lagi myeong dong ni tapi kalau jumpa confirm nak try!

    ReplyDelete
  2. Tak minat sangat tengok KDrama tapi makanan dia memang sedap-sedap. Kat KL ni banyak restoran Korea, tapi suka makan kimchi fried rice :)

    ReplyDelete
  3. makanan korea memang tak boleh tolak...sentiasa nampak tempting

    ReplyDelete