Phad Phed Ayam

Salam semua. Dah masuk February 2019. Cepatnya masa berlalu. Maaf kepada yang tertunggu resepi baru dari Eny Abdullah. Banyak resepi Kekny nak share tapi tu lah masa tak mengizinkan. Azam tahun baru ni salah satunya nak aktifkan menulis dan update blog Isnyallah. Hari ni nak share Resepi Phad Phed Ayam mudah cara Kekny. 


Resepi Phad phed, resepi paprik, phadphet, chicken phadphet, phadprik, thai curry, lauk thai

Phad Phed Thai Sedap!!

Eh Kekny nak tanya korang yang penggemar Thai Foods terutama sekali lauk pauk Thai ni. Penah tak korang rasa Phad Phed? Kalau Paprik tu biasa lah kan, banyak jual kat restoren siam biasa tu. Tapi Phad Phet ni jarang diorang letak sebagai menu. Hanya sesetengah restoren sahaja yang ada menu ni terutama yang menghidangkan authentic Thai Foods atau restoren Thai asli. Kalau restoren biasyer biasyer tu tak ada okay!

Phad Phed ni rasa dia seakan akan kita punya rendang tapi mestilah kaya rasa utama dari Thai iaitu daun limau purut. Memang sedap rasanya kalau hidangkan dengan nasi putih. 


Resepi Phad phed, resepi paprik, phadphet, chicken phadphet, phadprik, thai curry, lauk thai

Kekny buat resepi  guna short cut je sebab kekny pakai pes tomyam je. Malas nak kisar cili bagai. Tapi senang sebenarnya pakai pes tomyam ni hehehe. Keknya kau buat paprika pun pakai pes tomyam je. Kadang nasi goreng, kadang bihun goreng. Versatil betul kan pes tomyam ni.

Ok jom check resepi mudah ni. Boleh la tambah satu lagi lauk untuk masak. Kadang-kadang jemu asyik lauk sama je kan. Boleh gantikan ayam tu dengan dging atau seafood pun sedap. Pernah sekali makan Phad Phed sotong ya ampun sedap teruk!

Resepi Phad phed, resepi paprik, phadphet, chicken phadphet, phadprik, thai curry, lauk thai


Resepi Phad Phed

Ini resepi cara Kekny ya. Jangan kecam ok!

Bahan-bahan : 
½ ayam dipotong kecil dan gaul garam dan kunyit
2-3 sudu besar pes tomyam (ikut nak pedas)
1 sudu besar chilli flakes
5 helai daun limau purut
3 sud besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 cawan santan (guna 1 kotak santan)
Putik jagung dipotong
Lobak merah dipotong
Kobis bunga atau brokoli dipotong
Kacang Panjang dipotong
Garam jika perlu

Bahan tumis ( nak kisar pun boleh sedap sikit tapi Kekny hiris je)
2 ulas bawang besar dihiris nipis
4 ulas bawnag putih diketuk hancur
1 inci halia dihiris nipis
1 inci lengkuas dihiris nipis
1 batang serai dihiris kasar


Cara penyediaan :

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan hiris sehingga wangi.

Masukkan ayam  dan masak sampai ayam kecut.

Masukkan pes tomyam, sos tiram dan sos cili. Masukkan daun limau purut. Kacau rata dan masak sampai ayam masak sepenuhnya.
Masukkan santan dan biar mendidih sekejap baru masukkan sayur. Bila sayur dan lembut baru tutup api.



Post a Comment

2 Comments

  1. tak pernah lagi cuba ayam phad phed ni. blh try resipi kekny nii :D

    ReplyDelete
  2. mudah rupanya cara buat... ^^

    ReplyDelete