Sebenarnya entry ni patut ditaip awal lagi tapi ye lah banyak tertunda. Kali ini dengan DH kami berdua habiskan masa selama 3 hari 2 malam Percutian di Cameron Highland. Tak tahu lah kenapa seronok sangat datang sini. Bak kata DH, bukan ada apa best pun selain makanan dan cuaca sejuk hahaha.. Sejenis ketagihan kot. Apapun next time kami nak datang lagi. Sebenarnya kalau ke sini datang dengan keluarga ramai-ramai baru seronok kan. Nanti kena planning trip dengan family pula. Kami menginap di 2 jenis hotel sepanjang percutian kat sini. Sebabnya Kekny booked 1 malam sahaja, mana tahu last minute rasa nak duduk lagi semalam. Tapi disebabkan hotel yang sama penuh, kami booked hotel lain je dimana hotel tersebut di dalam bangunan yang sama. Eh macam mana tu?
Kali pertama kami ke Cameron Highland boleh baca DISINI
Avillion Hotel, Cameron Highland
Avillion Hotel ni terletak betul-betul di Bandar Tanah Rata, Cameron Highland. Sangat mudah nak cari lokasi dan dikelilingi pelbagai kemudahan. Disebabkan kami datang semasa hari penamaan calon pilihanraya kecil masa tu, maka hotel kebanyakan penuh. Jadi nak tak nak kami ambil je lah katil double itu je pilihan yang ada. Rate semalam RM 240++ booking melalui www.booking.com.
Bilik sangat luas, seluasnya. Bilik kami juga lengkap dengan kitchenette dan sofa, serta meja makan, meja menulis. Sangat selesa disini. Cuma susunan perabutnya agak tak selesa. Bayangkan depan katil kami nak ke dinding depan lebih kurang 8 atau 10 kaki, dan TV terletak di dinding tu. Depan TV pula tak ada sofa. Sofa lounge ada satu tapi diletakkan di tepi tingkap sahaja. Kalau letak 1 dihadapan TV akan lebih selesa nak menonton sebab tak jauh sangat. Banyak ruang terbazir begitu sahaja sebab luas. Tapi saya kira kalau bawa family untuk letak extra bed atau baby coat sangat selesa. Dan nak solat pun senang tak payah nak berhimpit dengan katil segala.
Sebenarnya Avillion ni terletak di dalam bangunan Cameron Fair. Macam satu kompleks atau mall dimana dibawahnya ada kedai dan pasaraya serta restoren. Ada juga apartment, hotel dan homestay lain berada dalam bagunan yang sama. Sebab tu hotel kedua kami untuk malam kedua hanya jalan beberapa meter sahaja hehehe..
Ada mini kitchen sesuai nak masak yang ringkas. Multicooker tu macam biasa Kekny bawa sekali sebab DH suka makan yang dimasak berbanding kedai. Tak kisah lah walau sekadar sardin tumis tanpa bawang hahahahaha. Ada mini rice cooker juga pinjam Maktok punya.
Sebelum datang sini, untuk lunch kami tapau dari Ipoh, Restoren New Hollywood. Ada Chee Chong Fun, Kueh Lobak dan Char Kuey Teow . Boleh baca review di New Hollywood DISINI
Sardin ni masak macam tu je hang pa tak ada letak apa apa. Laki aku makan bertambah jugak. Sardin Ayam Brand jenis Mackarel yang isinya besar-besar memang sedap. Isi ikannya lembut sahaja berlemak. Masak lama-lama masuk air lebih sikit, renih sampai kuah tu nak kering. Insyallah tak berbau sangat walau tak letak bawang apa. Malas nak tumis bagai, satgi smoke detector hotel tiba tiba mengeluarkan hujan hehehehe
Bawa pula sambal kering ikan bilks mak mentua Kekny yang sedap ni. Beli sayur sayur fresh dari tepi jalan je buat ulam.
Ini lah dinner kami seadanya. Sedap betul. DH Kekny suka makan macam ni berbanding makan di kedai.
Lepas tu kukus jagung madu Cameron pulak kahkahkah! Mini Multicooker ni ada siap periuk kukus senang!
Breakfast keesokan pagi di cafe hotel Avillion. Bilik ni memang termasuk pakej breakfast. Senang tak payah susah-susah nak cari tempat sarapan. Ok juga menu buffet dia, banyak jenis makanan ada sampai tak tahu nak makan apa. Ada pelbagai menu dari local menu sampai western. Mee Kari, bubur nasi, nasi lemak, roti bakar, kek, pudding, pie, puff... tapi kami tak makan yang macam tu. Pagi pagi nak cari yang ringkas macam kat bawah ni je. hahahaha.. cuma macam tak jumpa ke tak nampak, scramble egg. Macam pelik sikit tak ada hahaha
YZ Agro Farm, Kampung Taman Sedia.
Lepas tu balik bilik dan check out siap siap, sementara tunggu bilik hotel kedua siap, kami ke Kampung Taman Sedia. Perancangan nak petik strawberry kat KHM Strawberries And Farm. Tapi parking depan kedai dia hazab! Dah la jalan situ sempit sempit kan. Akhirnya pusing pusing kami stop kat YZ Agro Farm, orang ramai tapi ada parking. Strawberry je tak ada nak petik hehehe.. Sempat makan nasi goreng simple, dan scones serta hot chocolate. Sedap dan murah makanan kat sini walaupun kedai biasa-biasa je.
Scone dia ok jugak. Cuma tak ada clotted cream macam kat Cameron Valley. Orang cerewet memang macam ni hahaha
Sempat buat photoshoot strawberry yang 2-3 biji kat ladang dia hehehe..
Dannnn kami sempat tapau strawberry milkshake ni, cuma RM 5 sahaja. Sedapppppp! Rasa susu dan strawberry tu pekat betul.
ATS Hotel Cameron Highland
Dan lepas makan makan harungi jem dekat sejam juga nak balik ke Cameron Fair sebab hari tu ada penamaan calon pula. Pihak ATS Hotel dah call katanya bilik dah ready.
Bilik disini sama juga besar macam Avillion, dah didalam bangunan sama kan. Ada kitchenette, small living room dengan sofa depan TV, meja makan siap wardrobe. Kalau ikutkan ATS ni lebih selesa dari segi susunan perabutnya. Rate semalam murah sikit, RM 170++
Kitchenette dia lengkap dengan kabinet. Kemas je kan.
Siap sup. Hirup panas-panas dalam cuaca sejuk memang layan!
Tengah malam tu lambat tidur layan steam boat pulak. Buat sendiri je. Bahan bahan beli kat supermarket.
Dan juga kambing bakar berserta teh o panas. Kambing bakar beli kat pasar malam, Golden Hills Cameron Highland.
Esok pagi, sebab ATS Hotel tak sediakan pakej sarapan, maka kami breakfast kat bilik sahaja. DH request nak makan Bolognese Spaghetti. Kekny cuma brownkan beef tu sampai garing tanpa minyak sebab beef tu dah ada minyak dia, kemudian masukkan instant sos. Spaghetti tu dah siap rebus awal-awal.
Spaghetti Bolognese versi masak kat bilik hotel is doneeee...
Scones dan Kek di Cameron Valley Tea House 2, Tanah Rata.
Hoi datang sini kerja makan je kau. Sejuk-sejuk rasa nak makan je kan. Bila makan berselera pulak tu kahkahkakah. Oklah ini memang tempat kegemaran kalau kami ke Cameron Highland. Ramai macam mana kena juga mai. DH pun dah faham bini dia ni suka apa. Suka makan scone kat sini yang ada clotted cream kahkahkah. Sebenarnya selain scones, teh masala kat sini sedap yamat! Dan kek macam kek butter tu memang sedap dan lembut. Tapi untuk cheese cake ni, tak berapa sangat. Ni first time ambil cheese cake, rasa dia biasyer biasyer je.Scones depa yang sedap!
Strawberry jam dia pun sedap. Belah dua scones yang panas tu, sapu butter, letak jem, letak cream... aduhhh....
Masala Tea dia yang sedap!! Rasa minum secawan tak cukup.
Pemandangan indah dari Cameron Valley. Cantik betul.
Ok macam itu lah Percutian 3 hari 2 malam kat Cameron Highlands. Pergi sana bukan nak buat apa pun sekadar seronok cuaca sejuk dan nak makan makan sahaja. Dah cakap kat DH tiap tiap tahun kita wajib ke Cameron Highland kahkahkahkah.
2 Comments
Bila masuk blog kekny ni bila je tak telan air liur? sedapnyaaaaa semua ;') patutla DH menambah walaupun sardin tin
ReplyDeleteRasa nak terbang ke CH la-la ni jugak kekny ooi :D
ReplyDelete