Wanpaku Sandwich ni jadi trend sekarang ni tau. Ramai yang dah terjerumus dalam trend sandwich bungkus ni. Terutamanya bagi mereka yang sedang berdiet atau eat clean. Kalau bagi Kekny, Kekny suka bawa sandwich macam ni ke office sebagai bekal. Memang kenyang tau sekali makan dan boleh ganti kan nasi berlauk dan mestilah rendah kalorinya.
Asal Usul Wanpaku Sandwich
Sebenarnya sandwich ni dah lama bukan baru je tercipta. Sandwich ni berasal dari Jepun. Perkataan Wanpaku tu sendiri ialah dari perkataan Jepun bermaksud nakal atau degil. Sesuai dengan jiwa sandwich yang rupa dia agak nakal nakal dan hanya yang tegar je dapat layan sandwich macam ni.Susah ke nak buat sandwich ni? Tak susah mana pun sebenarnya. Banyak teknik membungkus siap tutorial lagi di Uoutube dan Instagram. Dari segi inti sandwich boleh dipelbagaikan dari telur, isi ayam, daging dan banyak lagi. Ciri utama sandwichbni ianya berlapis lapis tebal dia dan selalunya sayur pelbagai warna dan jenis digunakan.
Cuma kalau nak sandwich lebih sihat kenalah kurangkan penggunaan sos yang manis, masin dan juga mayonis yang tinggi kandungan kalorinya. Jadi berhati hati ya bila nak letak sos dan mayonis.
Cara Bungkus Wanpaku Sandwich
Kertas pembungkus boleh pakai kertas baking paper, kertas alas makanan, kertas bungkus burger, plastik wrap dan juga aluminium foil.
Pakai plastik macam ni senang. Lepas bungkus plastik wrap boleh bungkus pula dengan kertas. Lebih senang.
Jom tengok teknik bungkus sandwich Wanpaku ni di Youtube Kekny. Jangan lupa subscribe ya!
1 Comments
boleh try ni
ReplyDelete