Sambal Cili Merah Bihun Sup Utara

Ok hangpa sebab ramai pakat minta resepi Sambal Cili Merah Bihun Sup Utara ni, maka saya kena buat entry khas hahaha. Sebab nanti hangpa tanya lagi, saya bagi link saja. Mungkin ramai dah tahu, kalau bihun sup utara di sebelah Kedah ni, sambal cilinya berwarna merah. Bukan menggunakan sambal kicap. Ada keunikan rasa tersendiri sebenarnya sambal merah ni ikut resepi masing masing. Tapi teknik masak kena betul baru menjadi sedap. Ada resepi menggunakan serbuk cili sahaja, boleh nak guna serbuk cili tapi guna yang berkualiti agar tak maung. Kalau guna serbuk cili tumis la sikit dan masak lama supaya sedap.Tapi resepi saya suka guna cili kering, lebih sedap dan rasa cili pun tak maung.


Cili merah bihun sup  utara ni lebih sedap pakai cili tumis sendiri guna cili kering dari guna instant serbuk cili. Kalau di kedai bihun sup banyak guna cili serbuk yang mana rasa dia tak sedap sangat.




Resepi Sambal Merah Bihun Sup Utara


Bahan-bahan
1 cawan cili kering (yang dipotong kecil dan buang biji, dan direbus lembut)
2 biji bawang besar
8 ke 10 ulas bawang putih
2 sudu besar cuka atau air perahan limau nipis
Sedikit air untuk blend
Gula dalam 2 ke 3 sudu besar (ikut nak lebih manis boleh tambah, jika nak kurang manis boleh kurangkan)
1 sudu kecil fish sauce (kicap sotong) - optional jika suka

Cara penyediaan :

Kisar semua bahan sampai halus dengan sedikit air. Tumis dalam sedikit minyak sampai garing dan naik minyaknya. Tumis kena lama ya. Kalau x cukup lama dan sambal dah kering, tambah sikit air. Masak lagi sampai betul pekat, kering dan sambal merah gelap.

#SambalBihunSupUtara
#bihunsuputara
#ResepiEnyAbdullah
#mahn

Post a Comment

3 Comments