Buffet Seafood Di Warung Kak Eta Kuala Perlis

Kuala Perlis, Perlis memang terkenal dengan seafood segar dan murah. Banyak betul Kedai Seafood yang dibuka disini. Kami di Kedah kalau nak merasai ikan bakar memang akan ke Kuala Perlis terutama di Medan Selera Ikan Bakar atau KOMA berhampiran Jeti Ferry ke Langkawi. Cuma kebanyakan restoren seafood sini dibuka pada waktu petang dan malam. Tapi jangan risau sebab kalau hang pa datang waktu pagi seawal pukul 9 pagi pun sekarang dah ada restoren yang menjual seafood ni dan Kekny nak bagitahu ianya sangatlah murah!


Warung Kak Eta Seafood Kuala Perlis

Ini lah dia hang pa, Warung Kak Eta. Kalau hang pa pi awal sampai tengahari kedai ni dah siap buka. Tak payah tunggu malam baru dapat makan seafood. Selalu kami pergi awal sebab nak beli ikan fresh di pasar jual ikan berhampiran tu. Dan singgah sini dulu untuk makan tengahari.


Inilah dia sebab Kekny dan Maktok hang pa suka mai sini. Sebab murahhhh! Konsep kedai ni dia macam buffet style, tapi dia dah asing masuk pinggan kecil kecil siap semua lauk dan dia letak harga sepinggan berapa pada hari tu. Senang hangpa nak bajet nak makan apa, harga berapa dan sebagainya.

Kekny bawa Maktok hang pa yang suka sangat Gulai (kari) Teloq Mayong disini. Mak tok kata gulai dia sedap, lemak, teloq tu lembut tak macam kedai lain yang dia pernah makan. Nampak kan kuah gulai tu elok pekat naik minyak dia.

Gulai = Kari. Bukan masak lemak ya. Di Utara, kari melayu kami panggil gulai, Kalau kari ni untuk kari mamak. hahahahahahahah 


Udang besar goreng celup tepung. Udang tu berisi dan manis saja isi dia. Nak makan 4 ekoq ni pun jenuh perabih. Hari tu kami mai berdua saja dengan Maktok. Dia tau Kekny nak buat review, dia ambil segala macam. I dah la diet mampuih kalau Dr Shafinaz tau ni


Gulai Hati Yu. Bukan Hati I. Hati Yu... sampai hati you gulaikan hati I bagi kat you!!!!


Ketam celup tepung pun sedap. Cuma ketam dia haluih haluih besaq bulu mata Maktok kata. Tapi ketam kecil ni la baru sedap buat goreng celup tepung sebab kulit dia tak keras dan jadi rangup bila digoreng.

Lagi Tempat Makan Best di Kuala Perlis JOM BACA SINI


Selain tu ada bermacam jenis ikan goreng, lauk lauk lain macam pelbagai jenis kerabu, masak lemak, sayur sayuran pun ada.

Inilah dia kegemaran Maktok. Suka sangat dia dengan Teloq Ikan Mayong. Kekny tak makan. I tak lalu tak tau pasai apa. Ikan Mayong pun tak makan. Apa lagi teloq dia hehehe

DAGING BAKAR HONEY KUALA PERLIS Jom Baca SINI


Set kombo pun ada RM 10, Ada sotong celup tepung, ketam dan udang. Tak mau kombo nak sotong sahaja pun ada.


Ikan siakap bakar ala Kuala Perlis. Sebab apa Kekny panggil ala Kuala Perlis sebab rata-rata ikan bakar kat Kedai di Kuala Perlis ni buat ikan bakar macam ni, diletak marjerin selain garam kunyit. Dan memang hang pa tak akan jumpa ikan bakar yang ada sambal cili tu. Sini ikan bakarnya kosong sahaja dan dicicah dengan sambal belacan dan air asam.


Udang Goreng celup tepung. Tepuk dahi sat. Udang ni besaq jenuh nak perabih.


Yang kami order hariu tu, Tak sampai RM 60 pun hang pa!


Ok bagi yag nak ke warung Kak Eta ni, lokasi dia mudah saja. Mula-mula hangpa mesti mai dari highway Utara Selatan, terus sampai hujung Changlun, dari Changlun masuk simpang keluar ke Perlis. Dan jalan saja terus sampai lah Kuala Perlis, dan sebelum simpang 3 tepi laut tu yang jalan nak masuk ke Jeti, cari tangki air tinggi besar dan balai bomba. MAsuk simpang di sebelah balai bomba, dalam 100 meter jumpa lah kedai ni.

Warung Kak Eta
Waktu Operasi : 7.00 pagi - 4.30 petang
Facebook  : WARUNG KAK ETA







Post a Comment

0 Comments