Claypot Tanghoon Vegetables

Nak share satu resepi sayur yang simple tapi sangatlah sedap rasa dia. Selalu dihidangkan di restoren-restoren Chinese dan Thai. Pertama kali rasa Claypot Tanghoon Vegetables saya dah berjanji nanti mesti buat dan cuba masakan ni di rumah. Sebab saya tahu bahan yang digunakan simple dan begitu juga cara masak. 


Ok yang saya cuba kali ni ikut apa bahan ada di rumah. Kalau nak lebih sedap boleh tambah isi ayam, daging, dan seafood. Sayur juga boleh pelbagaikan. Kalau di restoren Chinese mereka letak cendawan shitake dan buatkan rasa sayur claypot ni lebih sedap.

Nak makan dengan nasi putih atau makan begitu sahaja pun sedap bagi yang tengah berdiet tu. Nak lebih sihat kurangkan pengunaan serbuk perasa dan garam ya!

Bagi yang tak ada periuk claypot jangan risau sebab  boleh je guna periuk biasa. Cuma di kedai akan dihidang terus dari dala periuk tanah liat selepas dimasak. Sedap betul!



Claypot Tanghoon Vegetables

Bahan-bahan :

4 ulas bawang merah dihiris nipis
4 ulas bawang putih dihiris nipis
Sedikit kepingan isi ayam
Sedikit fish cake atau fish ball
2 sudu besar sos tiram
1 bungkus kecil tanghoon (suhun)
1 sudu kecil serbuk perasa ayam
1 sudu kecil lada sulah / serbuk lada hitam
2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
1 biji telur dikacau
Sedikit minyak untuk tumis
Sayur sayur campuran seperti kacang buncis, bunga kobis, broccoli, lobak merah dan sebagainya

Cara penyediaan boleh check pada video kat Youtube ni ya.


Post a Comment

1 Comments

  1. I really like your writing style, great information, thankyou for posting. Search your twitter DMs, mentions, likes and favorites, and timelines Twitter search.

    ReplyDelete