Nasi Kandar Hameediyah Sedap Ka?

Kami laki bini memang kadang-kadang buat kerja gila. Contohnya bulan September lepas kami ke Penang, check in hotel just to makan nasi kandar Deen Maju. Hahahahaha! Dan 2 minggu lepas kami sekali ke Penang, again check in hotel hanya kerana craving Nasi Kandar Hamediyah pulak! Sampai Maktok hang pa tanya, aku nak boleh cucu ka? Pasai yang menantu dia pun sama naik, hang pa dua dua dok mengidam ka? hahahahahaha


Sebenarnya kami kali pertama nak try Hameediyah ni. Dulu memang jarang makan nasi kandar. Tapi tu lah selera kita ni boleh berubah dan dah jemu nak makan western, ikan bakaq semua tu dah. Maka berbekalkan unpaid leave selama 2 hari sebab dah hujung tahun ni cuti dah habis, maka kami pun pergilah Penang. DH sampai dari Ipoh pukul 4 am, sampai rumah di Jitra sempat tidur sekejap, layan Running Man, sambil tu booking hotel. Pukul 12 tengahari kami bertolak ke Penang. Sampai atas Penang Bridge, DH pun tanya. 

"buka lah GPS cari Kedai Mamadiah tu"

I punya gelakkkk! Hameediyah abang... Hameediyah!!!!



Susana di Lebuh Campbell, Georgetown Penang. Cantik sungguh bangunan-bangunan lama disini. Katanya ia dibawah UNESCO Historic Site

Setelah 2 kali pusing kami jumpa parking tepi jalan untuk ke Hameediyah. Nampak ada couple naik basikal tu. Kekny pun tanya DH

"abang tengok depa, boleh no depa naik" maksud Kekny basikal tu display depan kedai Hameediyah tu, Kekny ingatkan untuk display tapi rupanya boleh naik betul.

Sekali DARLING HUSBAND tersayang aku tu jawab

"Diorang la boleh, kalau kita berdue tak boleh lah" sambil gelak jahat.

Amboi! Ada yang tidoq dalam kat parking lot hotel atas kereta kot malam tu!


Review Nasi Kandar Hameediyah 

Nin dia! Hameediyah dok depan mata. Parking depan kedai. Betui depan kedai hahahaha..


Sambil menggalas beg kamera bini dia, DH pun beratuq nak pilih lauk. Beg camera tu ada lens, kena lah bawak turun kereta juga. Padahal kamera bini dah gantung kat leher. Kerja wartawan makan makan bak kata Maktok (Baca : food blogger tak bertauliah)


Boleh tengok video pekerja Hameediyah ni layan kami pilih lauk. 


Antara lauk yang menarik perhatian ku!. Ketam dan udang saiz XXL. Punyalah besaq! Kalau nak tahu beza Hameediyah ni kebanyakan lauk dia agak lain dari kedai nasi kandar biasa. Ada yang exotic juga macam kari arnab, kari ayam piru (turkey), burung dan sebagainya. Hahahaha selera kami tak besaq macam tu. Kami just suka nasi kandaq yang hanya ada ayam, sotong, teloq, bendi dan kuah campur. Tapi kaki kambing (lamb shank) sini tersangatlah sedap. Kami tak ambil sebab takut kepeningan hahahaha



Ada set promosi juga serendah RM 6 sahaja. Fish Head Curry Dari RM 50 ke RM 120. Haaa besaq mana la no yang RM120 tu. Ikan jaws ka?


Done tapau! Jom pi check in hotel pulak!


Hotel Sentral Seaview, Tanjung Bungah Penang bagi rate sangatlah murah minggu kami pergi tu. Maka kami pun check in hotel ni sebab dah beberapa kali ke hotel ni. KLIK Untuk Baca Review Hotel Sentral Seaview 

Hotel ni sebelah je dengan Hotel Hompton By The Beach yang kami pergi sebelum ni. KLIK Untuk Baca Review Hompton By The Beach


Ha jom makan! DH tengah buat teh O panas.

Nah harga dia, agak munasabah. Tak la mahal sangat.

Bagi Kekny Nasi Kandar Hameediyah ni special kat kuah. Rasa kuah dia tak bau rempah yang kuat, sebaliknya bau sedap dan harum. Dan rasa rempah tu memang boleh rasa dia pakai rempah ratus yang elok. Sebab rempah ratus ni pun ada kategori dan gred. Kalau jenis bau cengei (menusuk hidung sampai bersin) selalunya rempah dia kurang elok dari segi gred dan bila masak dia bau kuat dan rasa pun tak berapa sedap. Bagi Kekny untuk Hameediyah ni, memang sedap campuran kuah terutama kuah masak sotong pedas tu. Campur pula kuah kari dan ayam pula rasa rempah dan ada sikit sahaja manis yang tak over macam kebanyakan kedai nasi kandar lain. 

Kesimpulanya sedap. Suap demi suap bagaikan syorgaa! Kami makan licin sampai jilat jari!



Ok bagi sesiapa yang nak cuba boleh lah ke Penang di

Alamat : 164, Lebuh Campbell, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Tutup : 10pm

Post a Comment

1 Comments

  1. Great post but I was wondering if you could write a little more on this subject? I’d be very thankful if you could elaborate a little bit further. Using the best Instagram online web viewer on the Internet. Discovering top trending photo and video on Pikdo right now!

    ReplyDelete