Kekny nak share satu jenis Resepi Premium Belgian Chocolate Brownies yang sedap dan kali ni menggunakan finest Belgian Chocolate. Rasa dia memang berbeza dengan brownies yang menggunakan coklat compound biasa. Berbeza tu dari segi kesedapan lah! Memang rasanya sangat sedap! Rasa coklat dia mewah dan mengasyikkan. Gigit brownies ni memang buat kita rasa macam makan coklat sebenar tau!
Untuk resepi ni dia agak flexible. Kalau korang sukakan brownies yang fudge, basah dan chewy, boleh kurangkan masa bakar iaitu lebih kurang 20 ke 25 minit. Kalau nak jenis cakey boleh lebihkan masa bakar tu selama 30 ke 35 minit. Both pun sedap!.
Kalau tengok dalam resepi brownies Kekny sebelum ni, Kekny ada cakap pentingnya peranan garam dalam brownies. Haa untuk Brownies ni Kekny juga tabur French Salt atas tu menambahkan lagi kesedapan dan kelemakan brownies ni. Rasa nya tak semasin garam biasa yang jenis halus tu. French salt tu unprocessed salt, dia cuma dibersihkan dan dibotolkan. Tak ada proses tambah bahan kimia yang berbahaya. Macam garam bukit lah. Nak boh garam bukit pun boleh. Tapi salt sal dari Italian dan French ni mungkin laut dia bersih, rasa garam depa ada rasa tersendiri, tu yang buat ianya sedap.
Resepi Brownies Kedut KLIK SINI
Resepi Triple Chocolate Brownies KLIK SINI
Tips Berniaga Premium Brownies Sedap dan Mewah
Sekarang ni ramai orang berniaga brownies. Tapi ramai jual dengan harga murah dan rasanya ala ala sahaja. Apa kata korang berniaga Brownies Premium walaupun harga jual sedikit mahal tetapi mesti orang akan ulang ulang membeli kerana rasanya yang sedap dan sukar dilupakan. Yang jual dengan harga murah tu selalunya memang laku tetapi tiada repeat customer. Jadi jangan risau tentang menggunakan bahan premium dan mahal dalam produk bakeri kita kerana apa kita mahukan bukan sales yang banyak pada masa sekarang tetapi kelangsungan sales yang berterusan pada masa hadapan. Graduate busines lepas tu meniaga kek macam ni lah hahahha
Untuk brownies premium resepi ni mestilah guna Belgian Chocolate dan Belgian Cocoa Powder ya. Sebab nisbah tepung dan serbuk koko sudah di selaraskan dengan jumlah coklat. Kalau tengok resepi di video Kekny share di bawah, tepungnya sedkit lebih berbading resepi brownies kedut kerana coklat ni rasanya strong. Kalau korang pandai-pandai tukar guna coklat biasa, tak sedap lah!
Selain tu mesti guna pure butter seperti Anchor, SCS, atau Lurpak yang memberi rasa sedap dan lemak kepada brownies nanti. Baunya juga akan menjadi sangat harum.
Tips Membakar Brownies Supaya Cukup Masak Dan Tak Overcooked
Tips brownies tak overcooked dan kering pastikan bila cucuk lidi (guna lidi jangan guna cake tester besi yang halus tu) dia keluar melekat macam ni, tapi bila pegang dia tak cair. Ok dah boleh keluarkan dari oven!
Permukaan brownies juga akan berkilat macam ni.
Oklah mesti nak resepi kan. Kekny ada share resepi dan video tutorial sekali dalam video kat You Tube channel Kekny. Korang subscribe sekali ya channel tu sebab banyak resepi kek dan makanan lain akan Kekny masuk di sana.
Jangan lupa cuba resepi Resepi Premium Belgian Chocolate Brownies ni dan share feedback dan rasa dia di ruangan komen bawah ya
2 Comments
ya Allah. sangat tempting nya lah. meleleh ayaq liur kami kat sini. haha
ReplyDeleteyummy. bila nak dapat rasa lagi brownies kekny ni...
ReplyDelete