Resepi Sup Utara Sedap Dan Sambal Merah

Bihun sup utara sambal cili merah. Kalau di belah utara tanahair sini bihun supnya mesti ada sambal cili berwarna merah. Ianya sedikit berbeza dengan bihun sup di sebelah selatan kan. Kalau Di Utara, sup disini rasanya sangat sedap. Walaupun kuah jernih cair tapi cukup rasanya. Bihun sup sambal merah cukup sinonim dengan orang utara


Selain bihun, boleh juga letak kuey teow dan mee serta bubur nasi yang dipanggil moi sup. Kalau bihun sup utara ni wajib mesti ada taukua (tauhu) goreng garing dipotong kecil, lobak masin, daun sup dan daun bawang serta bawang goreng. Kalau bihunnya mesti diwarnakan kuning dengan kunyit. Tapi ikut juga selera masing masing nak bagaimana kan.


Cara Buat Sup Ayam Dan Daging Utara Tersedap!

Tapi sebelum tu , Saya nak share resepi sup ayam sedap. Sup ni rasanya sangat sedap dan tak jemu kalau nak buat selalu. Tipsnya mudah sahaja. Guna rempah ratus biji dan ayam atau daging tak perlu dipotong kecil


Ayam kena rebus sekor, jangan potong. Kalau daging pula rebus seketul isi besar. Dengan cara ini isinya tak akan jadi keras kering bila direbus lama. Baru daging akan terasa empuk dan lembut serta berjus. Manakala isi ayam lembut macam jelly, isinya manis, berjus dan tak hilang rasa ayam ke dalam kuah. Haa tu lah rahsianya!


Hanya rebus dengan bawang besar dikisar, bawang besar dipotong, bawang putih diketuk tapi jangan banyak, halia ketul diketuk, lada hitam biji, buah pelaga lebihkan sikit dan bunjut sup. Tambah akar daun sup yang dicuci bersih supaya lebih sedap.

Rebus lama lama sampai lembut dan ayam / daging empuk. Goreng bawang merah yang dipotong halus dan kaup bawang sahaja, terus tuang kan dalam kuah (minyak jangan lah boh sekali) dan tabur daun sup. Tutup periuk.

Lepas tu baru keluarkan ayam/ daging dan potong atau carik kan isi dia. Hidngkan dengan bihun atau mee bersama sambal merah




Resepi Sambal merah dah bagi banyak kali. Tapi bagi juga untuk rujukan.

Resepi Sambal Merah Bihun Sup Utara

Bahan-bahan :
1 cawan cili kering gunting pendek dan buang biji, kemudian rebus sampai lembut. Toskan.
2 biji bawang besar
8 ke 10 ulas bawang putih
2 sudu besar cuka atau air limau nipis
Sedikit air untuk blend
Gula dalam 2 ke 3 sudu besar (ikut nak lebih manis boleh tambah, jika nak kurang manis boleh kurangkan)
1 sudu kecil udang kering (optional)
1 sudu kecil sos ikan (optional)


Cara penyediaan : 
Blend semua bahan sampai halus. Tumis dalam sedikit minyak sampai garing dan naik minyaknya. Tumis kena lama ya. Kalau x cukup lama dan sambal dah kering, tambah sikit air. Masak lagi sampai betul pekat, kering dan sambal merah gelap.

Post a Comment

1 Comments

  1. kak suka sambal merah dan sambal cili hitam tu dicampur sekali. perghhhh sedap ^_^

    ReplyDelete