Cara Mudah Dan Murah Buat Sushi

Homemade Sushi sebenarnya senang nak buat. Ramai orang ingat nak buat sushi ni susah. Kalau tahu buat sendiri memang dapat jimat banyak tau. Nak buat sushi ni barang barang dan bahan saya beli di Lazada je. Nanti saya bagi nama dalam resepi hangpa cuma search kat lazada. Tips nak jimat postage beli semua bahan tu dari 1 shop. Sebab selalunya Kedai yang sama jual bahan bahan yang Saling berkaitan. Macam bahan makanan jepun semuanya boleh didapati dibawah satu kedai kat Lazada tu.

Ok kalau sebelum ni Kekny dah sahre cara buat Onigiri kat Entry ni, hari ni kita buat sushi versi gulung pula. 


Bahan-Bahan Dan Cara  Untuk Buat Sushi


1 cup beras Sushi Brand Sumo (harga 1 kg per pack RM9)

Masak 1 cup beras dengan 2 cup air. Masak dalam rice cooker biasa je.
Sementara tunggu nasi masak potong bahan bahan intinya memanjang. Bahan inti ni ikut sendiri nak letak apa. Selalunya crab stick, timun, telur dadar, tuna, atau seafood.

Bila nasi masak, cedok semua nasi tu ke dalam mangkuk dan masukkan 3 Sudu besar sushi vinegar.(harga sebotol RM 9). Shushi vinegar ni ada yang halal. Kalau tak ada sushi vinegar, boleh guna cuka biasa campur gula sikit. Lepas tu gaul rata vinegar dan nasi sampai nasi tu suam suam.

Untuk inti didalam boleh guna apa sahaja bahan seperti tuna, sosej, timun, telur dadar, lobak merah, salad dan sebagainya. Kalau nak guna sambal udang, kerang pun boleh.



Bentangkan sushi seaweed (RM 9 untuk 10 keping) dan senduk kan nasi ke atas keping an seaweed ya sebanyak 4 ke 5 sudu besar. Guna tangan bersih celup kan tangan dalam bekas air bersih supaya basah dan Ratakan nasi sehingga 3/4 penuh seaweed. Tinggal bahagian atas untuk tutup gulungan.


Gulung sushi guna bamboo roller (RM9). Sambil gulung sambil tekan.




Sos nya ialah kicap sushi saya guna kicap teriyaki (RM11 botol 1 liter) dan wasabe (RM 9) 1 tiub. Boleh tambah mayonis kewpie dalam tu juga.


Ok ada video cara mudah gulung sushi. Boleh check video You Tube di bawah. Jangan lupa subscribe my You Tube Channel ya!




Post a Comment

1 Comments