Ketupat Palas Utara


Ketupat palas utara, resepi Ketupat palas, ketupat pulut

Hari ni nak share tentang Ketupat Palas. Dan mestilah Ketupat Palas Utara sebab Kekny kan orang Kedah. Ketupat palas selain di Utara, ianya juga menjadi menu hari raya bagi negeri Kelantan dan Pantai Timur, cuma cara pembungkusan agak lain sikit. Nak belajar cara buat ketupat palas? Jom Kekny share resepi Ketupat Palas Utara 

Ketupat Palas bagi saya lebih sedap berbanding lemang istimewanya ialah pulut dalamnya lembut masa direbus ianya mejadi padat dsn kenyal dan teksturenya menjadi lebih sedap selepas dibiarkan kering air rebusan.


Menjadi kelaziman emak akan buat ketupat palas menjelang petang sebelum raya. Kami akan beli daun palas dan daun dibuka dahulu supaya daunya yang tertutup rapat menjadi kembang dan mudah dilipat. 

Pulut akan ditanak dengan santan tetapi biar mentah. Ini kerana proses masak seterusnya akan dilakukan semasa ketupat direbus. Barulah ketupat palas lebih padat isinya apabila beras pulut mentah mengembang didalam sarung. 


Jom tengok kat video dibawah cara membuat ketupat palas utara 







Resepi Ketupat Palas Utara

Bahan-bahan
1 kg beras pulut direndam semalaman dan toskan
6 cawan santan pekat
3 helai daun pandan diikat rapi
2 sudu kecil garam


Cara :


Panaskan santan dan garam , masukkan daun pandan.

Bila santan dan panas, masukkan beras pulut.

Masak seketika sehingga pulut kembang dan pekat tetapi beras masih mentah.


Balut dengan daun palas ( rujuk video kat atas) 

Rebus dengan air sehinga air kering sedikit

Aangkat dan toskan .



Post a Comment

1 Comments